Ini Kisah Sebenar Pelajar Maut Terkena Mata Mesin Rumput Di Sekolah
GEMAS - Tragedi yang menimpa salah seorang pelajar SMK Tunku Abdul Rahman, di sini, bukan sahaja menggemparkan pihak sekolah tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.
Jika kita yang tidak ada mengena ini juga sebak dan terkejut dengan apa yang berlaku, apatah lagi ibu bapa pelajar berkenaan.
Anak yang dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat, tetapi tak sampai tengah hari dimaklumkan dia terbabit kemalangan hingga menyebabkan kehilangan nyawa.
Lebih mendukacitakan, kejadian itu berlaku dalam kawasan sekolah.
Inilah nasib yang menimpa seorang pelajar perempuan tingkatan dua yang maut selepas kepalanya terkena mata traktor mesin rumput yang sedang menjalankan kerja memesin rumput di padang sekolah, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Nur Afini Roslan,14, disahkan maut oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.
Traktor mesin rumput yang menyebabkan nyawa seorang pelajar melayang.
Menurut saksi kejadian, mata traktor mesin rumput itu tiba-tiba tercabut hingga tercampak mengena kepala pelajar berkenaan menyebabkan otaknya bersepai di atas padang.
Manakala, dua lagi pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun yang mengalami kecederaan dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.
Pelajar lelaki turut mengalami kecederaan.
“Mayat mangsa akan di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, tadi.
Sumber: gpsbestari.com
No comments: