"Ini Hiphop, Siku Buku Lima Semua Kau Boleh Jamah" - Nasib Baik Petugas Halang Iqram Dinzly, Kalau Tak Habis La Dikerjakan Altimet
Nasib Baik Petugas Halang Iqram Dinzly, Kalau Tak Habis La Dikerjakan Altimet
KUALA LUMPUR: Penyanyi rap, Altimet, memuji kecekapan petugas Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32), kelmarin, yang dapat menghalang artis kontroversi, Iqram Dinzly, daripada naik ke pentas ketika gilirannya mengadakan persembahan.
Katanya, beliau baru dimaklumkan mengenai insiden terbabit dan secara sinis mengatakan, tindakan pantas pihak berkenaan mampu mengelakkan pelakon itu mendapat kecederaan lapor BH Online.
"Baru dapat tahu masa #AJL32 hari tu, Che Iqram (Iqram Dinzly) nak naik pentas masa aku buat persembahan. Syabas kepada petugas Media Prima Berhad sebab lindungi dia daripada 'kecederaan'.
"Ini hip hop, 'bro'. Kalau tak diundang naik pentas (tetapi) kau naik juga, siku, kaki, buku lima semua kau boleh jamah 'der'. Adat kami lain sikit," katanya menerusi Twitter.
Perkongsian penerima trofi Persembahan Terbaik menerusi lagu Amboi itu meraih lebih 600 'like' selain 1,100 'retweet'.
Terdahulu, kelibat Iqram turut dilihat menaiki pentas utama ketika pemenang Juara Lagu, Hael Husaini, membawakan kembali lagu Jampi sebelum majlis anugerah itu berakhir.
Pada perkongsian sama, Altimet turut mendedahkan beliau meninggalkan pentas utama ketika itu kerana enggan mengeruhkan keadaan selepas Iqram naik ke pentas meraikan kemenangan Hael.
Pada pertandingan terbabit, Jampi yang dicipta oleh Hael dan Ezra Kong diumumkan sebagai juara, manakala karya ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan, Sejati, yang dipersembahkan oleh Azmi Saat memenangi tempat kedua. Lagu ciptaan Ibnu dan Gouffran yang dinyanyikan oleh Haqiem Rusli, Tergantung Sepi, pula di tempat ketiga.
Syamel dan Ernie Zakri membawa pulang trofi Vokal Terbaik yang diraih menerusi persembahan mantap mereka ketika menyampaikan lagu Aku Cinta.
Kenyataan Balas Iqram Dinzly Isu Altimet Mahu Beri “Buku Lima” Kepadanya.
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Iqram Dinzly yang pernah popular di kaca drama televisyen kita dulu. Tetapi baru-baru ini dia sering tular dengan aksi yang ‘aneh’ dan dikecam netizen. Segala video dan gambar berkelakuan ‘pelik’ ini juga sempat dimuat naik di laman Instagram.
Setiap tingkahlaku ‘pelik’ yang dikongsi, telah wujud tomahan yang mengatakan Iqram kelihatan kurang siuman. Baru-baru ini, dia turut muncul di AJL 32 bagi menyokong industri muzik tempatan. Namun, apa yang terjadi disebaliknya mendapat kecaman dari netizen termasuk juga rakan artis pada malam tersebut.
Semalam, penyanyi rap Altimet menerusi akaun Twitternya dalam nada bengang memberikan amaran yang agak keras kepada pelakon kontroversi, Iqram Dinzly.
Menerusi tweet milik Altimet sebelum ini yang kesal dengan tindakan pelakon ini yang berniat untuk menganggu persembahan Amboi. Mujurlah, beberapa staf stesen TV terbabit menghalang pelakon berkenaan naik ke pentas. Altimet mengucapkan terima kasih buat team Media Prima yang bijak mengawal keadaan pada malam itu.
Altimet memberitahu beliau tidak boleh bayangkan apakah kemudaratan yang akan berlaku sekiranya Iqram tiba-tiba naik ke atas pentas dan “menceroboh” persembahannya ketika di AJL 32.
Tidak mahu terus berdiam diri, Iqram tampil membalas kenyataan Altimet. Sepertinya, beliau seakan tidak gentar dengan amaran yang diberikan.
Walaubagaimanapun, ada sesetengah netizen yang berpendapat teguran Altimet itu adalah wajar. Kita haruslah menghormati orang lain ketika mereka melakukan persembahan. Apa komen anda?
No comments: