Header Ads

WhatsApp Tidak Lagi Boleh Digunakan Pada Phone Jenis Ini

Dah tak ramai yang menggunakan perkhidmatan SMS mahupun MMS untuk menghantar mesej. 
Majoriti pengguna telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai platform untuk berkomunikasi. Yelah senang dan murah kot.

WhatsApp Tidak Lagi Boleh Digunakan Pada Phone Jenis Ini

Malangnya, terdapat beberapa platform yang tidak lagi menyokong kemas kini terbaru WhatsApp.

Menerusi laporan express.co.uk, aplikasi WhatsApp akan menggugurkan sokongannya untuk BlackBerry OS, BlackBerry 10 dan Windows Phone 8.0 serta platform-platform yang lebih lama bermula 31 Disember 2017.

“Jika anda menggunakan salah satu daripada peranti mudah alih yang terjejas, kami mengesyorkan peningkatan ke versi sistem operasi (OS) yang lebih baharu atau kepada Android yang lebih baharu yang menggunakan OS 4.0+, iPhone yang menggunakan iOS 7+, atau Windows Phone 8.1+ supaya anda boleh terus menggunakan WhatsApp,” menurut WhatsApp.

WhatsApp juga dikatakan tidak akan berfungsi pada ‘Nokia S40’ selepas Disember 2018.

Sumber: mstar.com

No comments:

Powered by Blogger.