Header Ads

Sebab Kenapa Amerika Gerun Dengan Ekonomi China Walaupun Matawang Renminbi Lebih Rendah Dari Dollar

Satu soalan, “China bakal kuasai dunia, Amerika jadi apa?” Aku mahu kongsi sikit bab ekonomi, benda ini korang kena tahu. Kalau tengah sibuk, korang kongsi saja dulu, bila ada kelapangan, nanti boleh baca.

Tengok debt to GDP Jepun 260%, tinggi menggunung. Diibaratkan seperti, gaji RM1,000 tetapi bayar hutang RM2,600, peritkan? Kita semua tahu yang orang Jepun memang rajin, kerja pagi, balik malam sudah menjadi seperti perkara biasa untuk mereka, tetapi apa yang kasihan adalah bila kerja teruk tapi ekonomi tetap teruk.

Malaysia masih steady, debt to GDP 90%, umpamanya dapat gaji RM1,000, bayar hutang RM900 dan masih ada baki RM100.

Sebab Kenapa Amerika Gerun Dengan Ekonomi China Walaupun Matawang Renminbi Lebih Rendah Dari Dollar

Sekiranya kita di Malaysia akan suka jika matawang Ringgit menaik, tetapi tidak di Jepun. Mereka lebih suka matawang mereka menurun maka lebih banyak orang luar datang import barang mereka. Kita sedia maklum, 90% ekonomi Jepun bergantung kepada hasil eksport dan oleh sebab ini, ekonomi mereka akan menjadi tepu sekiranya matawang Yen terus naik.

Semua orang bijak, berniaga mahu untung, maka orang pun lari ke China. Faktor seperti matawangnya yang rendah dan harga barang yang murah menyebabkan ramai orang mengimport barangan daripada negara itu.

Kalau korang perasan 10 tahun yang lalu sekitar tahun 2007, rata-rata semua orang tidak suka barangan dari China, tetapi sekarang, iPhone original yang kita banggakan itu pun sudah jadi barangan buatan China. Dasyat tak China ini buat kerja?

Walaupun Matawang Renminbi Lebih Rendah Dari Dollar, Ini Sebab Kenapa Amerika Gerun Dengan Ekonomi China

Tengok pula matawang Euro, hampir semua negara sudah dalam fasa nazak kecuali Jerman, Perancis dan Britain. Isu Brexit pun masih belum selesai lagi. Masing-masing pun ada masalah.

Amerika selaku kuasa kuasa besar dunia pula macam mana? Setakat ini, hutang Amerika dianggarkan disekitar USD19 trilion dan ini merupakan suatu jumlah hutang yang sangat besar. Encik Donald Trump baru naik sebagaik jadi presiden Amerika yang ke-44 terkenal dengan slogan “Make America Great Again” dan dari slogan itu saja sepatutnya kita sudah tahu yang ekonomi Amerika tengah sakit sekarang ini.

Donald Trump mahu buat Amerika jadi hebat semula mesti kena guna duit yang banyak, tetapi hutang Amerika sudah terlalu tinggi. Jadi apakah yang akan mereka lakukan? Cetak duit dollar Amerika? Nanti matawang mereka tiada nilai. Oleh sebab itu, dia akan menaikkan kadar cukai dan maka dengan ini, meranalah rakyat Amerika.

Walaupun Matawang Renminbi Lebih Rendah Dari Dollar, Ini Sebab Kenapa Amerika Gerun Dengan Ekonomi China

Buat masa sekarang, ekonomi China saja yang betul-betul solid dan kuat, jumlah simpanan emas rizab yang tinggi, rizab Dollar Amerika yang banyank, timbunan wang tunai, mudah untuk memberikan pinjaman dan oleh sebab-sebab inilah Amerika takut dengan China.

Antara yang buat pinjaman dengan China adalah Sri Lanka dengan pinjaman sebanyak USD8 billion dan bila sampai due date kena bayar, Sri Lanka pula tiada duit. Jadi apa Sri Lanka buat? Mereka tawarkan untuk beri sebuah lapangan terbang kepada China tetapi China menolak tawaran tersebut dengan alasan tidak berminat.

Walaupun Matawang Renminbi Lebih Rendah Dari Dollar, Ini Sebab Kenapa Amerika Gerun Dengan Ekonomi China

Bijak tak China? Mereka beri pinjaman dan bila negara peminjam tidak dapat menjelaskan bayaran, mereka akan ambil asset daripada negara terbabit. Selesai masalah. Dengar cerita Malaysia hari itu buat projek MRT yang memakan kos puluhan billion Ringgit dan ada bersangkut paut dengan kerajaan China?

Walaupun Matawang Renminbi Lebih Rendah Dari Dollar, Ini Sebab Kenapa Amerika Gerun Dengan Ekonomi China
Kepulauan Spratly turut menarik minat Amerika dan China

Tetapi ada satu benda pelik. Bila tengok data ekonomi yang dikeluarkan U.S hampir semunya melemah, tetapi US Dollar menguat, saham pun masih teguh. Ini mungkin sebab ekonomi sudah nyanyuk.

Kalau ikut sejarah, trend economic bubbles berlaku setiap 10 tahun, pada tahun 1987, 1997, 2007 dah jadi dan sekarang 2017.. Orang-orang ekonomi semua tengah perhatikan saja ekonomi dunia sekarang ini. Mereka semua sudah sediakan payung sebelum hujan. Ekonomi dunia kalau jatuh, memang mengerikan.

Satu soalan dari aku “Amacam, dah bersedia?”

No comments:

Powered by Blogger.