Header Ads

Sengaja Menumbuk Muka Orang, Sharnaaz Ahmad Berdepan Hukuman 2 Bulan Penjara Sekiranya Gagal Membayar Denda

Pelakon penuh kontroversi, Sharnaaz Ahmad didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, selepas mengaku bersalah mencederakan seorang pekerja kelab golf, Julai lalu.

Majistet Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 32, selepas tertuduh mengaku salah melakukan kesalahan itu.

Mahkamah turut memerintahkan Sharnaaz menjalani tambahan hukuman dua bulan penjara, sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Sharnaaz didakwa sengaja mendatangkan kecederaan dengan menumbuk muka Gous Ali, warga Bangladesh, di Level 1, KLGCC, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 5.30 petang, pada 22 Julai lalu.

Sengaja Menumbuk Muka Orang, Sharnaaz Ahmad Berdepan Hukuman 2 Bulan Penjara Sekiranya Gagal Membayar Denda

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Farah Adila Noordin mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sharnaaz, melalui peguamnya, Zulkifli Awang merayu memberi hukuman ringan atas alasan telah insaf.

“Tertuduh juga telah memohon maaf kepada pengadu,” katanya.

Suami kepada Noor Nabila itu hadir sendirian ke mahkamah kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Pelakon ‘Suamiku Encik Sotong‘ itu kemudian membayar denda tersebut.

Sengaja Menumbuk Muka Orang, Sharnaaz Ahmad Berdepan Hukuman 2 Bulan Penjara Sekiranya Gagal Membayar Denda

Sharnaaz Ahmad cekik krew produksi dan lari daripada lokasi penggambaran?

Ini kisah Sharnaaz Ahmad yang di’katakan bermasalah di lokasi penggambaran filem Darah Panas sehingga memaksa produser filem tersebut mengambil tindakan saman.

Produser filem, S Baldev telah memfailkan juga serahkan surat saman melalui peguam beliau kepada Sharnaaz Ahmad dua minggu lalu tetapi masih belum menerima jawapan balas.

Menurut S Baldev, pelakon itu tinggalkan lokasi penggambaran pada 5 Oktober 2012 lalu selepas hanya bekerja selama 17 hari untuk filem yang sepatutnya mengambil masa 30 hari itu.

Berita Harian turut melaporkan yang Sharnaaz Ahmad memberi alasan untuk pulang ke kampung melawat bapa’nya yang sakit di Pulau Pinang selain berkata beliau mempunyai temujanji lain.

Sengaja Menumbuk Muka Orang, Sharnaaz Ahmad Berdepan Hukuman 2 Bulan Penjara Sekiranya Gagal Membayar Denda

Tetapi, wartawan popular Zubir mendakwa bertemu pelakon ini bersama Shila Amzah dan ibunya di Hotel MS Garden, Kuantan Pahang pada keesokan harinya. Huh?

Bukan itu sahaja, S Baldev mendedahkan lagi yang Sharnaaz Ahmad sudah tunjukkan sikap panas baran beliau sejak hari pertama penggambaran dek kelambatan seorang krew.

“Pada hari berkenaan, pakaian terpaksa ditukar dan Hafiz (krew) mengambil masa sejam lebih mencari tiga set pakaian & lebih malang, ada peralatan kamera yang rosak,” cerita S Baldev.

“Sharnaaz ada beritahu mahu bertemu Shila Amzah kerana kekasihnya itu mahu ke China. Apabila Hafiz sampai, dia naik angin & menolak Hafiz ke tepi dinding & mengcengkam leher”

Hafiz menambah “Dia cakap ‘kau ingat aku balaci kau, tunggu lama’. Saya minta maaf dan saya cakap saya beli pakaian. Tiba tiba, dia tolak saya & cengkam leher saya dengan tangannya”

“Tindakannya memang kurang ajar,” tambah Hafiz yang mendakwa siku berdarah kerana terkena kayu ketika insiden tersebut & parutnya masih ada lagi sebagai bukti.

Sumber: rotikaya.com

No comments:

Powered by Blogger.