Header Ads

Sejuk Luar Biasa, Malaysia Bakal Dilanda Salji?

Maka ramailah dilaporkan ‘berselimut’ ke tempat kerja atau ke sekolah pada waktu pagi dek cuaca sejuk luar biasa ini. Sesetengahnya ambil peluang bergaya dengan baju sejuk atau sweater ke tempat kerja.

Pada waktu malam pula, tak perlu lagi menghidupkan pendingin hawa sehingga berjam-jam lamanya. Cuaca sejuk di luar sudah mencukupi.

Setelah beberapa kawasan di negara ini ‘dilanda’ cuaca sejuk luar biasa, timbullah pula cerita Malaysia bakal menerima salji. Kalau negara sepanas Mesir boleh menerima salji, tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku di Malaysia.

Sejuk Luar Biasa, Malaysia Bakal Dilanda Salji?

Bagaimanapun realitinya hanyalah satu mimpi untuk melihat salji di Malaysia. Di tanah tinggi Genting Highlands dan Cameron Highlands yang sejuk sepanjang tahun belum pernah dilaporkan salji turun.

Hujan salji hanya berlaku di negara beriklim sejuk dan sederhana di hemisfera utara dan hemisfera selatan yang mengalami cuaca di bawah paras 0 darjah Celsius.

Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa dan hanya ada dua musim – panas dan hujan. Cuacanya pula lembap dan panas sepanjang tahun. Jabatan Meteorologi sudah menjelaskan. Mustahil bagi negara seperti Malaysia dan Indonesia menerima salji kerana suhu yang dicatatkan adalah tinggi sepanjang tahun.

Benarkah Malaysia Bakal Dilanda Salji?

Suhu udara ‘sejuk luar biasa’ yang berlaku sejak beberapa hari lalu berpunca daripada tiupan angin timur laut yang agak kencang dari Tanah Besar China. Negara itu pada masa ini masih mengalami musim sejuk. Tempiasnya sedikit terbabas ke negara ini.

Litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia membantu merendahkan lagi suhu pada awal pagi dan waktu malam. Seronok juga kalau Malaysia ada musim salji. Rakyat tidak perlu bersusah-susah lagi ke London bagi menikmati cuti musim sejuk atau merasai pengalaman Winter Sonata di Korea.

Dengan cuaca di Malaysia termasuk suhu politik yang ‘panas’ sepanjang tahun, alangkah bagusnya kalau ada salji.

Benarkah Malaysia Bakal Dilanda Salji?

Lebih ramai yang menghabiskan masa berkualiti di rumah bersama keluarga berbanding di luar.

Sekurang-kurangnya menonton Liga Perdana Inggeris atau rancangan realiti televisyen Running Man sambil pekena ubi kayu dengan kopi panas.

“Kelmarin, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang turut menerima amaran cuaca waspada, dengan angin kencang, laut bergelora dan kenaikan aras laut. Bagaimana pun, amaran itu telah ditamatkan pagi Sabtu,” katanya.

“Cuaca sejuk ini dijangka berlarutan sehingga dua hari lagi. Kebiasaan Kedah berdepan cuaca panas dan terik. Minggu ini penduduk Utara Kedah dapat menikmati suasana agak dingin, terutama pada waktu malam,” katanya.

Harap-harap kalau ada salji tak ramai lagi orang berkhemah atau berhimpun di Dataran Merdeka kerana mahu ‘melepaskan perasaan’ di tengah-tengah malam buta kerana tak tahan dengan sejuk yang mencucuk-cucuk! Okay cukuplah berangan. Selamat bercuti esok!

No comments:

Powered by Blogger.