Header Ads

"HANTARLAH BIARPUN DEKAT" - Cara Lelaki Ini Melayan Ibunya Harus Dicontohi

HANTARLAH BIARPUN DEKAT

2 minggu sebelum abah meninggal, abah pesan sambil menunjuk ke arah kebun getah sebelah rumah mak ... "Bila abah dah tak ada nanti, abang buat rumah kat situ ya ... tolong jaga mak ...".

Masa tu air mata mengalir tak tertahan. Abah seolah dapat rasa yang usianya sudah sampai di penghujung. Khamis malam jumaat hujung minggu 19 Januari nanti genaplah 6 tahun abah pergi.

"HANTARLAH BIARPUN DEKAT" - Cara Lelaki Ini Melayan Ibunya Harus Dicontohi

Setahun setelah abah pergi, saya bekerja siang malam untuk kumpul duit buat rumah sebelah rumah mak di lokasi yang abah maksudkan. Masa tu semua jemputan program ceramah saya terima. Badan kurus kering. Muka cengkung. Sebab Mak tinggal dengan adik jauh dalam kebun getah. Outstation jauh mana sekalipun mesti balik Kelantan tengok Mak.

Passion dan determination masa tu nak buat rumah sebelah rumah mak di lokasi yang abah pesan untuk penuhi permintaan arwah abah.

Pagi ni Mak nak balik rumah dia yang terletak sebelah rumah ni je dalam jarah 100 meter. Mak biasa jalan kaki je ke sini. Mak memang sentiasa mengelak kalau nak ambik / hantar dengan kereta / motor katanya sebab dekat sangat ... Tapi pagi ni macam hujan rintik-rintik. Ada alasan nak hantar mak dengan kereta. Yesssss !!! So pujuk Mak naik kereta dan hantar mak balik rumah mak sebelah rumah saya ni ...

Entah sampai bilalah Allah bagi peluang untuk melayan mak seperti ini ... :(

“Tak ada guna ada kereta banyak, rumah besar, disanjung tinggi, ijazah bertimbun. Tapi mak tak nak di sisi kita”

Tak ada guna ada kereta banyak
Tak ada guna ada rumah besar
Tak ada guna di sanjung tinggi
Tak ada guna ijazah bertimbun

Tapi mak tak nak di sisi kita ...

Teringat satu video viral dalam fb dulu kisah seorang ayah yang berjaya dlm kerjaya yang berkongsi tentang anak-anaknya tak ambil dia di airport ... At last dia naik bas sendiri balik rumah. Anak-anak sibuk tak sampai tak sempat nak ambik ayah.

Jommmm kita sama-sama berusaha jadi anak yang baik. Apa yang kita buat pada mak ayah kita itulah yang akan kita terima bila kita tua nanti ...

Semoga Allah berikan kita petunjuk dan kekuatan untuk terus jadi orang baik-baik selagi hayat masaih ada.

InsyaAllahhh ...

Dah call Mak masing-masing pagi ni?

No comments:

Powered by Blogger.