Header Ads

"Sebelum Sebar Aib, Tarik Handbrake Dulu" - Azad Jasmin Seru Peminatnya Jangan Sebar Aib Farid Kamil (Video)

Isu pelakon, Farid Kamil yang ditahan reman kerana menyerang anggota polis dan orang awam menjadi topik paling hangat yang diperkatakan sepanjang hari ini. Wajah Farid juga terpampang di dada-dada akhbar tempatan berikutan isu yang mengejutkan ini.

Lantaran itu, ramai rakan artis terpanggil untuk memberi komen mereka mengenai isu ini termasuklah pelakon komedi, Azad Jazmin. Azad telah memuat naik satu video di Instagramnya menyeru supaya peminatnya untuk tidak menyebarkan aib atau berita palsu mengenai Farid kerana ia melibatkan nama baik keluarga pelakon tersebut.

"Sebelum Sebar Aib, Tarik Handbrake Dulu" - Azad Jasmin Seru Peminatnya Jangan Sebar Aib Farid Kamil (Video)

Hormat family Farid


Azad memberi tahu peminatnya untuk tidak mengaibkan Farid bagi menghormati isteri dan anak-anak pelakon utara tersebut.

Hari ni mungkin salah Farid Kamil. Esok lusa mungkin salah saya atau salah anda.

Sebelum kita nak sebar aib tu, tarik handbrake dulu. Kita fikir dulu sebab kita pon ada anak bini nak kene jaga.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik itu yang the best.

Setuju nasihat Azad

Azad Jasmin Seru Peminat Jangan Sebar Aib Dan Hormati Keluarga Farid Kamil

Azad Jasmin Seru Peminat Jangan Sebar Aib Dan Hormati Keluarga Farid Kamil

Sumber: Instagram Azad Jasmi

Pandangan Azad Sama Seperti Sharnaaz Ahmad Tapi Lebih Baik

Azad Jasmin Seru Peminatnya Jangan Sebar Aib Farid Kamil

Semenjak tersebarnya berita penahanan pelakon popular, Farid Kamil semalam pelbagai respon yang diterima daripada netizen. Ada yang mengkritik tidak kurang juga yang menyokong dan yakin pelakon berkenaan tidak bersalah. Isterinya Diana Danielle setakat ini masih berdiam diri namun ruangan komen instagramnya telah ditutup.

Rakan artis, pelakon Sharnaaz Ahmad di twitter memberikan kata sokongan buat Farid Kamil. Malah, dia juga ada meninggalkan pesanan ini

Be strong Farid

Azad Jasmin Seru Peminatnya Jangan Sebar Aib Farid Kamil

Di Twitter, Sharnaaz Ahmad telah meluahkan rasa terkilan dengan sesiapa yang telah membocor dan menyebarkan gambar Farid Kamil. Sharnaaz menulis lagi, bagaimanakah dengan maruah keluarga Farid Kamil? Hari ini anda mungkin bahagia, tetapi bila-bila masa sahaja Tuhan boleh menguji.

Gambar yang tersebar di laman sosial

Azad Jasmin Seru Peminatnya Jangan Sebar Aib Farid Kamil

Di ruangan komen, ramai yang menyokong kenyataan Sharnaaz tersebut. Mereka mahukan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak supaya perkara ini adil. Ramai juga yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Diana Danielle dan anak, pasti sekarang ini Diana sangat tertekan dan sedih.

Azad Jasmin Seru Peminatnya Jangan Sebar Aib Farid Kamil

Azad Jasmin Seru Peminatnya Jangan Sebar Aib Farid Kamil

No comments:

Powered by Blogger.