Header Ads

Tips Untuk Hidup Gembira Adalah Jauhkan Diri Dari Facebook

Nak Hidup Yang Gembira, Jauhkan Diri Anda Dari Facebook | Sentiasa rasa iri hati? Sentiasa berada dalam kehidupan sosial yang tidak wujud dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan perhatian?

Ini mungkin disebabkan oleh Facebook. Kajian menunjukkan mereka yang menjauhkan diri dari semua rangkaian media sosial akan rasa lebih gembira.

Kajian yang dijalankan oleh Happiness Research Institute (HRI) itu melibatkan sampel seramai 1,095 orang di Denmark yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Separuh daripada mereka berterusan menggunakan Facebook, manakala yang lain berhenti dari menggunakannya Hanasuva.com.

Tips Untuk Hidup Gembira Adalah Jauhkan Diri Dari Facebook

“Kami memberi tumpuan kepada Facebook kerana ia adalah media sosial yang digunakan oleh pelbagai peringkat usia,” ujar Meik Wiking, Ketua Eksekutif HRI.

Selepas seminggu, mereka yang tidak menggunakan Facebook berkata, mereka lebih berpuas hati dengan kehidupan mereka.

Sebanyak 88 peratus daripada mereka menggambarkan diri mereka “gembira”, berbanding dengan 81 peratus daripada kumpulan kedua yang menggunakan Facebook.

84 peratus dari kumpulan yang tidak menggunakan Facebook berkata, mereka menghargai kehidupan mereka, berbanding dengan 75 peratus dalam kumpulan satu lagi.

Dengan kata lain, 39 peratus pengguna Facebook lebih cenderung untuk rasa kurang gembira daripada mereka yang tidak menggunakannya!

No comments:

Powered by Blogger.