Header Ads

"Mana ada orang hisap ganja jadi ganas?!"

Baru-baru ini berita tentang penahanan Dato’ Farid Kamil yang didakwa telah menampar beberapa orang termasuk seorang anggota polis trafik. Hasil ujian air kencing mendapati Farid Kamil positif dadah jenis ganja.

Berikutan kenyataan daripada pihak polis ini, ramai yang tidak berpuas hati dengan mengatakan kenyataan pihak polis itu hanyalah untuk melindungi Farid Kamil.

"Mana ada orang hisap ganja jadi ganas?!"

Menurut mereka, ganja tidak akan menyebabkan mereka yang mengambil ganja akan menjadi agresif. Tambah mereka lagi, kesan ganja akan membuatkan mereka yang mengambil ganja menjadi tenang dan berasa aman, berbeza dengan sikap mereka yang mengambil dadah jenis sintetik seperti kokain, syabu dan pil kuda.

Berikutan perkara ini, seorang ahli farmasi, Fahmi Hassan telah terpanggil untuk menerangkan kesan-kesan ganja dan bagaimana ganja dapat mempengaruhi tingkahlaku seseorang di laman Facebook beliau.

Bila keluar berita tentang mereka yang ditangkap kerana melakukan jenayah turut positif ganja, maka keluarlah penyokong tegar ganja menggunakan pernyataan ini untuk mempertahankan ketagihan ganja mereka.

Ini terjadi kerana mungkin mereka berada dalam keadaan ‘denial’. Selama ini mereka beranggapan ia adalah dadah rekreasi yang selamat, mana mungkin ia mendatangkan bahaya.

"Mana ada orang hisap ganja jadi agresif?!"

Kesan psikoaktif ganja adalah disebabkan oleh THC. Pada dos yang rendah, ia akan mendatangkan kesan tenang, ‘high’ dan gembira. Ini lah yang dialami oleh kebanyakan pengguna ganja (Webb et. al, 1996, 1998).

Namun pada dos yang lebih tinggi, atau kepada pengguna ganja baru, ia boleh menyebabkan kesan yang tidak seronok seperti, panik, resah, paranoia dan juga psikosis. Keadaan ini adalah lebih teruk di kalangan mereka yang mempunyai masalah psikologi (Johns, 2001).

Ini bukan pernyataan saya. Ini adalah kajian dari saintis yang menjalankan kajian terhadap ganja.

Tak cukup dengan itu, kajian-kajian telah menunjukkan hubungan di antara penggunaan ganja dan keganasan seperti:-

1. Pengguna ganja di peringkat remaja menunjukkan peningkatan dalam sikap ganas (Mercedo-Crespo & Mbah, 2013).

2. Pengguna ganja di peringkat awal remaja lebih ramai terlibat dalam aktiviti jenayah termasuk kekerasan fizikal dan seksual (Niveau & Dang, 2003).

3. Pengguna ganja didapati mempunyai masalah hubungan dengan masyarakat dan skil sosial yang rendah (Vandrey, Budney, Kamon, & Stanger, 2005).

"Mana ada orang hisap ganja jadi agresif?!"

4. Lebih kerap terlibat dalam melakukan kekasaran terhadap pasangan sama ada secara fizikal atau verbal (Reingle et al., 2012).

Ini hanya beberapa contoh dari puluhan kajian yang menunjukkan hubungan penggunaan ganja dan keganasan.

Jadi, siapa yang anda lebih percaya. Pengguna ganja atau ahli sains yang mendedikasikan ilmu dan hidup mereka untuk mengkaji?

Perkongsian Fahmi Hassan ini kemudiannya telah disokong oleh seorang doktor perubatan, Dr Suhazeli Abdullah.

Dr. Suhazeli turut menyangkal pandangan orang ramai tentang manfaat ganja yang konon-kononnya dapat membantu merawat pesakit kanser terminal.

"Mana ada orang hisap ganja jadi agresif?!"

Menurut Dr. Suhazeli, pandangan orang awam ini hanya berdasarkan kepada penulisan dan teori konspirasi yang tidak berasas tanpa disokong oleh ujian klinikal.

Tulisan Sdr Fahmi Hassan bab ganja dan kesannya pada kesihatan tidak akan bersisa. Padat dan padu dengan hujah ilmiah.

Ada Ustaz kata ganja itu ada manfaat! Tetapi tidak dibawa hujah dan dalil yang kukuh. Hanya mengaitkan beberapa penulisan dan teori konspirasi yang juga tidak ada asas.

Semua kajian berkaitan dengan manfaat ganja hanya kepada pesakit kanser terminal. Terdapat beberapa kajian klinikal dijalankan bagi mengetahui keberkesanan ganja dalam merawat penyakit.

"Mana ada orang hisap ganja jadi agresif?!"

Antaranya ganja digunakan dalam melawan muntah yang teruk terhadap pesakit yang sedang menjalani kemoterapi. Tetapi kajian menunjukkan tidak konklusif. Dengan kata lain kajian itu dhaif, tidak boleh dijadikan hujah pun.

Begitu juga ganja digunakan dalam merawat pesakit kanser terminal. Guna untuk memberi rasa tenang dan kurangkan kesakitan yang amat akibat kanser terminal.

Kanser terminal bermaksud pesakit telah melalui fasa-fasa rawatan dan sudah berada dipenghujung usia setelah berubat. Menunggu saat-saat kematian yang menakutkan. Dikala ini mereka memerlukan ketenangan dan pengurangan kesakitan akibat kanser.

Setakat ini menggunakan ganja dalam perawatan pesakit terminal bukan mendesak. Ini kerana terdapat ubatan alternatif lain yang boleh digunakan dan diiktiraf melalui kajian.[Fahmi Hassan, 2016]

Tetapi yang banyak dalam kajian adalah mendatangkan kemudaratan kepada individu dan negara. Sila baca hujahan lanjut Sdr Fahmi Hassan ini. Hujah tersedia hidang untuk dihadam.

"Mana ada orang hisap ganja jadi agresif?!"

No comments:

Powered by Blogger.