Header Ads

"Farid Kamil Menampar Dan Bawa Pistol Ke Lokasi" - Pengarah

Sejak penahanan Farid Kamil tempoh hari lalu, ramai yang mula tampil menceritakan rentetan kelakuannya sebelum hari kejadian berlaku. Pengarah drama, Shuhaimi Lua mendedahkan Farid bukan sahaja menampar pelakon senior, malah beliau juga turut membawa pistol ke lokasi.

“Saya melihat dia membawa pistol yang berada di pinggang­nya, tapi tidak tahu keaslian pistol itu. Memang keadaan dia tidak terurus, malah dia tidak memakai selipar pada ketika itu”

"Farid Kamil Menampar Dan Bawa Pistol Ke Lokasi" - Pengarah

Malahan kelakuannya itu berlanjutan hingga menengking seorang jurukamera dengan tanpa sebab, bagaimanapun selepas itu berlalu pergi sambil menyatakan beliau hanya bergurau saja.

“Tiba-tiba dia menengking jurukamera saya sambil bertanya: “Kau belajar dengan siapa?” beberapa kali dengan suara yang sangat kuat sehingga membuatkan kami di set penggambaran terkejut”


“Dia bukan pelakon dalam drama saya, tapi mungkin dia datang kerana lokasi penggambaran itu milik Sofi Jikan iaitu sahabatnya. Selepas kejadian menampar Ridzuan, kami terpaksa berhentikan penggambaran seketika,” katanya kepada Utusan Online mengenai perkara itu.

Apa yang kita nampak Farid memang melakukan kesalahan tetapi setiap kesalahan pasti ada sebab dan cerita disebaliknya. Moga Diana Danielle tabah menghadapi dugaan ini dan dapat menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi dengan Farid dengan baik.

Sumber: rotikaya.com

No comments:

Powered by Blogger.