Peminat Malaysia Berkumpul Beri Penghormatan Terakhir Buat Jonghyun
Nampaknya dunia masih lagi meratapi pemergian penyanyi kesayangan mereka, Jonghyun yang mati pada 18 Disember lalu. Jong-hyun disahkan meninggal dunia di hospital akibat keracunan karbon monoksida dipercayai kesan menghidu asap arang yang menyala.
Rakyat Malaysia turut tidak melepaskan peluang apabila dianggarkan kira-kira 100 peminat berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur malam tadi untuk memperingati pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.
Bawa belon dan lilin
Peminat yang kebanyakan dari kawasan Lembah Klang tidak kira bangsa dilihat meratapi sambil memberi penghormatan terakhir ke atas selebriti Korea yang mati akibat meragut nyawa sendiri.
Rata-rata yang berkumpul dilihat membawa bersama lilin dan juga belon sebagai tanda simbolik pemergian penyanyi kumpulan Shinee itu.
Ternyata, suasana ketika itu amat memilukan apabila kebanyakkan peminat menitiskan air mata kerana terpaksa melepaskan pemergian Jonghyun yang mengejutkan ini. Mereka turut mengibar sepanduk serta gambar mendiang Jonghyun ketika upacara memperingati itu berlangsung. Mereka juga meletakkan bunga pada potret Jonghyun dan berharap agar mendiang tenang disana.
Lagi gambar pada majlis penghormatan terakhir Jonghyun
Sumber: Malaysiakini.com
No comments: