Header Ads

Kasihan Cikgu Azizan, Niat Nak Mendidik Memakan Diri..

Kronologi Kes Cikgu Azizan

Ramai yang bertanya, bagaimana kronologi kes Cikgu Azizan yang tular di media sosial, apakah punca beliau didakwa di mahkamah, dan banyak lagi persoalan yang timbul.

Kasihan Cikgu Azizan, Niat Nak Mendidik Memakan Diri..

Berikut adalah serba sedikit perjalanan kes beliau:

31 Oktober 2017: Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban.

Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500

Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, beliau telah di tempatkan di lokap mahkamah bersama-sama pesalah jenayah lain yang terlibat dengan dadah dan lain-lain.

Dalam lokap itu ada lebih kurang 13 org pesalah. Tangan beliau DIGARI bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.

Siapa Sebenarnya Cikgu Azizan? Teruk Sangat Ke Denda Yang Beliau Kenakan Pada Muridnya?

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan:

√ Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta.Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.

√ Buli.

√ Memukul murid lain.

√ Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.

27 November 2017: Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau.

19 Disember 2017: Perbicaraan akan bermula.

Siapa Sebenarnya Cikgu Azizan? Teruk Sangat Ke Denda Yang Beliau Kenakan Pada Muridnya?

Kita doakan beliau tabah dan bersabar atas ujian ini, walau kita tidak mengenali tetapi kita semua tetap bersama. Ini hari beliau, mungkin nanti tiba hari kita.

Walau di mana pun kita berada zahirkan sokongan anda, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, kita gunakan semaksimanya media yang ada, gunakan hastag #PrayForCikguAzizan

No comments:

Powered by Blogger.