Header Ads

Ditinggalkan Kerana Pakai Kereta Kancil, Wanita Ini Buat Bekas Kekasihnya Menyesal Seumur Hidup

Benda paling lawak yang pernah berlaku dalam hidup aku ialah aku ditinggalkan oleh seorang lelaki disebabkan dia dapat tahu aku pakai kereta kancil. Padahal masa tu aku tak kerja lagi. 

Kereta kancil nombor plate DAL 85** tu pun aku tibai kereta mak aku la. Kereta kancil pun still kena isi minyak still kena bayar roadtax! 🤣

Ditinggalkan Kerana Pakai Kereta Kancil, Wanita Ini Buat Bekas Kekasihnya Menyesal Seumur Hidup

Dasar lelaki mata duitan. Nak perempuan drive myvi dan jazz je. Kancil mana layan. Sumpah demi Allah aku bengang plus kecewa gila nak mati masa tu. Senang-senang je dia tinggalkan aku bila tahu aku pakai kereta kancil. Hina dan jijik sangat bagi dia perempuan naik kancil kot. 

Tu dia tinggalkan aku lepastu kantoiiiiii dalam instagram dah bercinta dengan perempuan naik myvi. Kau rasa? Masa tu aku rasa nak lempang-lempang je muka dia tapi aku ingat mak aku selalu pesan tak baik dera binatang. Ok lah aku move on 😒

Ditinggalkan Kekasih Kerana Pakai Kereta Kancil, Wanita Ini Bangkit Buktikan Siapa Dirinya

Moral of the story yang aku nak bagitahu zaman sekarang bukan perempuan je kaki kikis dan mata duitan. Lelaki pun ada je yang pilih perempuan sebab harta. 

Hari ni aku dah buktikan perempuan yang dia pandang sebelah mata ni sebab naik kereta kancil pun boleh ubah hidup as long as dia berusaha untuk upgrade life dia.

Kau jangan ingat orang susah ni selamanya susah. Jangan pandai-pandai menilai masa depan orang berdasarkan siapa dia hari ini.Untuk Muhd Firdaus terima kasih kerana sudi terima saya seadanya. 

Ditinggalkan Kekasih Kerana Pakai Kereta Kancil, Wanita Ini Bangkit Buktikan Siapa Dirinya

Masa kita kenal dulu saya masih memandu kereta kancil DAL 85**. Nasib baik awak tak pandang harta dan rupa. Love you la😍

Pengajaran

Jangan pernah pandang rendah pada orang lain seolah-olah mereka tidak boleh berubah. Sekiranya bercinta, terimalah seadanya. Jangan hanya memandang materialistik semata-mata. Lihat, mesti bekas kekasih wanita ini berputih mata dan menyesal seumur hidup.

No comments:

Powered by Blogger.