Header Ads

Akhirnya Awie Bersuara Isu Kumpulan Kristal Berpecah

Kristal kini sedang mencari penyanyi baru bagi merehatkan penyanyi asalnya, Lan yang kini sedang berjuang di dalam program Gegar Vaganza (GV).

PERSENGKETAAN yang berlaku antara bekas vokalis kumpulan rock Kristal, Lan serta ahli kumpulan yang lain nampaknya memberi kesan kepada penyanyi Awie.

Bagi Awie pula, yang juga vokalis kumpulan Wings itu antara orang yang bertanggungjawab mendidik Kristal menjadi penyanyi kumpulan rock yang disegani sehingga kini.

Namun, akuinya perkara tersebut merupakan lumrah bagi penyanyi berkumpulan seperti Kristal. Tetapi, Awie menyatakan walau apa jua masalah seharusnya diselesaikan secara baik sesama mereka.


Akhirnya Awie Bersuara Isu Kumpulan Kristal Berpecah

“Saya selalu berpegang kepada perkara ini, jika tidak diselesaikan secara baik dari peringkat awal, memang akan berlarutan macam ni. Ada masalah sesama anggota, jangan sesekali libat orang luar.

“Maklumlah orang luar ramai yang jadi ‘tukang cucuk’ yang akhirnya membawa kepada kemusnahan. Kalau berjumpa bertemu mata, itu lebih baik.

“Luahkan apa sahaja rasa ketidakpuasan hati secara terus. Setelah itu, pandai-pandailah membawa diri,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Tambahnya lagi, anggota kumpulan Kristal itu sepatutnya duduk berempat bertentang mata dan tidak memendam. Baginya, tindakan tersebut akan mengeruhkan lagi keadaan.

Band Kristal Berpecah, Akhirnya Awie Bersuara!

“Kalau ada masalah kena suarakan terus. Jangan pendam terlalu lama, kalau ‘meletus’ segala benda akan diceritakan.

“Kalau ini jalan terbaik, bawalah jalan masing-masing tapi jangan sesekali burukkan orang lain. Saya sendiri sudah berpengalaman berhadapan dengan isu macam ni,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Awie menyatakan mereka berempat boleh pergi jauh dalam industri. Ini kerana menurutnya, Lan mempunyai banyak pengalaman dan boleh membantunya dalam bergelar penyanyi solo kelak.

Ahli Kristal yang lain pun tidak kurang hebatnya. Seperti Rody, dia antara gitaris yang disegani di Malaysia, cuma mereka perlu mencari pengganti Lan untuk sama-sama meneruskan karier mereka sebagai kumpulan rock.

“Masing-masing sudah dewasa dan tahu apa yang dilakukan. Kalau ini jalan terbaik, belajarlah erti perpisahan,” pesan Awie.

Band Kristal Berpecah, Akhirnya Awie Bersuara!

Terdahulu, Lan telah membuat keputusan mengundurkan diri dari kumpulan yang berusia 18 tahun itu selepas ahli-ahlinya yang lain ingin mencari vokalis baharu buat kumpulan itu.

Sambil itu, Nizam Laksamana yang kebetulan berada di pejabat Karangkraf hari ini telah ditanya pendapatnya mengenai isu tersebut.

Nizam meluahkan rasa terkejutnya apabila diberitahu mengenai berita pergolakan yang berlaku di dalam kumpulan Kristal ini.

“Bagi saya jika berlakulah perkara Kristal sedang mencari penyanyi baru, atau Lan meninggalkan kumpulan tersebut, saya antara orang yang sangat sedih.

“Ini kerana saya melihat Kristal membesar ketika mereka masa itu masih lagi mengiringi Awie.

Band Kristal Berpecah, Akhirnya Awie Bersuara!

“Bagi saya, mereka sekarang ini dah cukup mantap. Jika Lan tanpa Kristal atau Kristal tanpa Lan, dah jadi lain sebab Lan adalah Kristal, Kristal adalah Lan.

“Kita pernah tengok apabila ada kumpulan yang berpecah dan berganti dengan penyanyi baru, tapi tak ke mana akhirnya kumpulan tersebut.

“Kami kumpulan Laksamana sebagai contoh. Nizam dan Laksamana dah sebati. Kami tak pernah berpecah, semangat kekeluargaan amat kuat” jelasnya.

Nizam sebagai senior turut memberikan nasihatnya supaya kedua pihak ini berbincang semula, cool down, ketepikan hal remeh-temeh.

“Kekalkan yang ada sekarang, terus bersatu, percaya rezeki itu ada sama ada anda pemuzik atau penyanyi.

“Harap Lan kekal bersama Kristal dan Kristal tak ketepikan Lan,” tegasnya.

Band Kristal Berpecah, Akhirnya Awie Bersuara!

Sumber: Mynewshub

No comments:

Powered by Blogger.