Header Ads

Wanita Dedah Pelakon Lari Dari Tanggungjawab Selepas Lahirkan Anak Luar Nikah (Video)

Kisah wanita ditinggalkan suami selepas melahirkan anak atau lelaki tidak mahu bertanggungjawab ni selalu sangat kita lihat dalam drama-drama di kaca televisyen. Namun tak sangka pula, ada di antara pelakon yang terbawa-bawa babak dalam drama tersebut hingga ke dunia nyata.

Seorang wanita misteri dikatakan telah mendedahkan kepada media bahawa dia kononnya hamil anak kepada seorang pelakon lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap darah daging sendiri.

Wanita Dedah Pelakon Lari Dari Tanggungjawab Selepas Lahirkan Anak Luar Nikah (Video)

Menurut mStar, wanita berusia awal 20-an itu kecewa dengan sikap pelakon tersebut yang cuba lari daripada tanggungjawabnya. Pun begitu, wanita tersebut khabarnya selamat melahirkan bayi mereka pada 3 Oktober lalu dan telah menguruskan pendaftaran bayi dengan baik.

Mengakui mereka pernah bercinta empat tahun lalu tetapi putus di tengah jalan, wanita itu mendakwa pelakon tersebut telah mengajaknya makan malam dan tidur bersama di Port Dickson selepas bertemu semula baru-baru ini melalui aplikasi Bigo.

Lelaki tersebut katanya menghilangkan diri selepas kejadian itu dan sedar-sedar wanita berkenaan sudah hamil tiga bulan! Terkejut dengan kehamilan tersebut, wanita berkenaan telah cuba menghubungi pelakon itu menggunakan pelbagai cara, tetapi dia tidak diendahkan olehnya malah diserang oleh teman wanita lelaki berkenaan pula. Ish, ish, ish! 

“Saya Memang Taknak Kahwin Dengan Dia" - Wanita Mahu Pelakon Tampil Buat Ujian DNA Anak Luar Nikah

Wanita Mahu Pelakon Tampil Buat Ujian DNA Anak Luar Nikah

Wanita Mahu Pelakon Tampil Buat Ujian DNA Anak Luar Nikah

“Saya memang taknak dah kahwin dengan dia. Saya tidak mahu memanjangkan cerita kepada orang lain, saya cuma mahu dia datang jumpa dan buat ujian DNA sama ada bayi ini anak dia atau bukan.”

Selain itu, wanita berkenaan juga mendakwa dia tidak berniat meminta pelakon tersebut berkahwin dengannya atau menjaga bayi mereka, sebaliknya dia hanya mahu lelaki itu membayar kos pemeriksaan kandungannya selama dia menerima rawatan di hotel swasta.

Bersyukur dengan penerimaan keluarganya, wanita itu merayu agar pelakon lelaki kegilaan ramai itu menghubunginya segera bagi menyelesaikan kes mereka dengan cara yang baik. Dia berjanji akan menjaga bayi tersebut dalam apa keadaan sekalipun.

Jika benarlah semua yang diceritakan, mohon pelakon lelaki yang terbabit segera menghubungi wanita ini untuk menyelesaikan masalah mereka secara baik. Kesian anak tu nanti tak tahu siapa ayah dia. 


No comments:

Powered by Blogger.