"Untuk semua wanita di dunia yang memiliki suami yang curang, artikel ini untuk anda.."
Semasa aku berumur 20 tahun, aku sering menasihati wanita lain yang memiliki suami yang curang untuk melupakan suami mereka dan tidak perlu merana akibat perbuatan suaminya. Apabila aku berumur 30 tahun, aku mendapati suamiku sendiri ada perhubungan lain.
Aku mengingatkan diriku supaya berserah daripada terus menyeksa hatiku sendiri. Genap umurku 40 tahun, aku sudah biasa dengan kelemahan manusia. Aku berbisik pada diri sendiri untuk cuba bertahan demi untuk diri sendiri dan cinta, jadi aku tidak akan merana.
Semasa muda, cinta kita ibaratkan sebagai sebuah perasaan yang cukup indah. Namun sebenarnya ia adalah sebuah pilihan dalam hidup. Pernikahan pula boleh diibaratkan sebagai sebuah janji yang hanya diucap sekali seumur hidup.
Setiap wanita selalu mengimpikan sebuah cinta yang indah di awal pernikahan. Demi anak sanggup merelakan penat dan lelah tubuh sendiri, demi suami sanggup bertahan dari segala kesulitan, dan demi keluarga ini sanggup berkorban walaupun dalam diam.
Namun perlu diingatkan pernikahan juga merupakan sebuah risiko. Di tahap ini lelaki dan wanita sedang mengalami proses menjadi dewasa bersama-sama. Sebaik mana pun wanita itu mungkin akan dijodohkan dengan suami yang curang.
Manakala sebaik mana pun seorang suami pada awalnya juga mungkin merasakan perubahan besar dalam hidupnya. Apabila kamu mendapati bahawa suamimu tiba-tiba curang, kamu rasa sudah mengorbankan segalanya?
Mahu melepaskan keluarga yang apabila kamu bangun kamu akan menitiskan air mata, jelas sekali tidak mudah. Mahu melepaskan lelaki yang kamu cintai, ternyata amat susah. Mahu melepaskan hidup yang kamu bina dengan suka dan duka, amat susah untuk melupakannya.
Mahu melihat anak menjalani kehidupan dalam keluarga yang tidak sihat lebih menyakitkan. Dan dari situ aku sedar, banyak alasan untuk membuatkan aku terus bertahan daripada memusnahkannya.
Para lelaki yang curang biasanya demi untuk perasaan sesaat sahaja, tetapi dia mengkhianati janji yang pernah dilafazkan dahulu, memusnahkan permulaan hari bahagia, kehilangan kepercayaan isteri dan anak, membiarkan darah dagingnya untuk membesar dalam kehidupan yang tidak sihat, penuh kekesalan dan ketidaksempurnaan. Adakah itu layak dilakukan oleh seorang suami?
Sekiranya seorang isteri memutuskan untuk bercerai, adakah akibatnya cukup besar? Janganlah kamu menganggap para wanita tidak boleh hidup tanpa lelaki. Mereka hanya tidak dapat meninggalkan keluarga yang dibina, bukan kerana tidak boleh meninggalkan para lelaki.
Semoga para lelaki menyedari apa yang benar-benar dia perlukan dan cintai. Pada wanita yang mempunyai nasib seperti diriku, belajarlah mencintai dirimu sendiri. Biarlah dirimu hidup lebih tenang dan bahagia.
Di dalam kehidupan ini tiada masalah lebih besar daripada kemampuanmu. Kesat air matamu, berdirilah dengan gagah. Jalani kehidupan yang lebih bermakna. Tidak kira sama ada kamu bercerai atau tidak cintailah diri kamu sendiri. Yang paling penting cintailah anakmu.
Sekiranya di dalam hatimu penuh dengan cinta, semua orang dapat melihatnya. Di dalam dunia ini, tiada masalah yang akan berlalu, semua akan ada waktunya sendiri. Jadi percayalah masa depan kamu pasti akan terjaga.
No comments: