“Untuk kesekian kalinya, lebih dari 50 kali melanggar janji!" - Shahir AF Lari Bayar Hutang
Baru sahaja reda kontroversi beliau curang dengan kekasih, nama Shahir sekali lagi menjadi sebutan apabila dikatakan telah meminjam sejumlah wang daripada seorang wanita yang dikenali Raudhatul Ain. Menerusi Facebook, Ain seolah sangat berang dengan Shahir kerana masih tidak membayar hutangnya walaupun sudah diminta berulang kali.
“Untuk kesekian kalinya, lebih dari 50kali melanggar janji. Semoga Allah mudahkan urusan kau dan keluarga engkau! Mudahkan urusan orang supaya lebih mudah kehidupan kelak. Terima kasih ahmad shahir bin zawawi atas kebangsatan kau buat. Janji sampah kau boleh pegi kutip buang lautan hindi”
“Kerana keyakinan diri aku sangat tinggi dengan Allah. Semoga Allah gandakan rezeki kau berganda dan tak menyusahkan orang lain kelak. Perjanjian kita walau antara satu nyawa yang pergi dahulu, hutang tetap dilunaskan oleh wakil keluarga. Selamat terbang tinggi dan tidak menyusahkan orang lain lepas ni,” tulisnya di Facebook.
Difahamkan Shahir berjanji untuk memulangkan wang wanita terbabit selepas tamat program AF Megastar. Namun penyanyi itu seolah tidak membayarnya hingga sekarang. Wanita itu juga sempat memberi sindiran kepada sesiapa yang mahu melunaskan hutang Shahir supaya memberi cek yang sah.
Kami tidak pasti pula berapa jumlah pinjamannya, pastinya banyak kerana kenyataan wanita terbabit seolah Shahir pernah memberi cek tendang kepadanya. Kami juga tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Harap Shahir tampil memberikan penjelasan.
Sumber: rotikaya.com
(Update: Lagi Individu Tampil Dedah Perangai Sebenar Shahir AF Yang Lari Bayar Hutang)
(Update: Lagi Individu Tampil Dedah Perangai Sebenar Shahir AF Yang Lari Bayar Hutang)
No comments: