Header Ads

"All The Haters Are Pund*k!" - Safiq Rahim

JDT semalam berjaya merampas trofi Piala Malaysia selepas menundukkan juara tahun lalu, Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam semalam. Kemenangan tersebut memastikan trofi Piala Malaysia itu kini ke Johor.

 "All The Haters Are Pundek!" - Safiq Rahim

Namun ianya sedikit ‘tercalar’ dengan video kapten JDT, Safiq Rahim ketika meraikan kemenangan mereka. Safiq mengeluarkan kata-kata yang tidak patut keluar daripada mulut seorang pemain profesional seperti beliau. Lebih-lebih lagi beliau yang memegang status kapten JDT dan skuad negara.

Mungkin beliau ada alasan tersendiri mengapa mengeluarkan kata-kata demikian. Mungkin terlalu gembira, koyak atau geram?

Terus langkau ke saat 0:50 video di bawah untuk lihat. Apa pun, tahniah JDT kerana menjuarai Piala Malaysia semalam.


No comments:

Powered by Blogger.