Header Ads

Tertinggal iPhone Di Lokasi Rompakan, Perompak Ini Viral Sekelip Mata

Viral sebuah kisah di mana seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dan marahnya apabila keretanya telah dipecah perompak dan barang kesayangan miliknya telah hilang. Apa yang menariknya, perompak bodoh berkenaan telah tertinggal iPhone miliknya dan mujur saja nasib lelaki yang teraniaya itu baik dan dapat membuka telefon pintar itu. Ikuti kisahnya.

Tertinggal iPhone Di Lokasi Rompakan, Perompak Ini Viral Sekelip Mata

Terjumpa sebuah iPhone 4 di sebelah kereta 4WD

Pada hari Sabtu itu, aku keluar memancing dan isteri aku pula balik ke rumah mak mentua aku bersama dengan anak-anak. Jadi di rumah kami tiada oranglah.

Padah Menyamun Tertinggal Handphone, Penyamun Ini Mendapat Pengajaran Yang Takkan Pernah Dilupakan Olehnya

Kira-kira jam 10 malam, isteri aku telah pulang ke rumah kami bersama-sama dengan bapa mentua aku. Bapa mentua aku telah terjumpa sebuah telefon iPhone 4 di sebelah kereta 4WD aku dan bertanyakan adakah pekerja aku tercicir telefon. Waktu itu, aku masih dalam perjalanan pulang dari Mersing dan pekerja aku tiada pun menggunakan iPhone.

Padah Menyamun Tertinggal Handphone, Penyamun Ini Mendapat Pengajaran Yang Takkan Pernah Dilupakan Olehnya

Tarik nafas panjang, cuba kod 0000

Aku pun bertanya kepada mereka sama ada barang-barang dalam kereta aku atau tidak. Malangnya tiada. Jadi aku sudah boleh mengagak ini mestilah kerja penyamun, Memandangkantaman aku ini setiap bulan ada saja kes kecurian berlaku, aku suruhlah mereka on iPhone tu, tetapi malangnya bateri iPhone itu sudah mati. Jadi aku singgah dekat Pasar Borong Pandan mahu beli kabel iPhone 4 masa ODW balik rumah.

Padah Menyamun Tertinggal Handphone, Penyamun Ini Mendapat Pengajaran Yang Takkan Pernah Dilupakan Olehnya

Sebaik sahaja aku tiba di rumah, aku pun caslah iPhone tu. Bila aku nak buka, ada lock code. Dengan lafaz bismillah, aku cuba 1234, tetapi tidak boleh. Aku pun cuba lagi 1111 pun sama, masih tidak boleh. Lalu aku menarik nafas panjang-panjang dan mencuba kod 0000. Jeng-jeng, terbukalah iPhone itu.

Padah Menyamun Tertinggal Handphone, Penyamun Ini Mendapat Pengajaran Yang Takkan Pernah Dilupakan Olehnya

Mereka memang tahi dadah

Padah Menyamun Tertinggal Handphone, Penyamun Ini Mendapat Pengajaran Yang Takkan Pernah Dilupakan Olehnya

Benda pertama sekali yang aku cuba buka adalah galeri gambar dia. Tengok ada gambar budak lelaki yang  smart bersama-sama dengan awek dia. Awek dia lawa beb, rambut macam Rihanna, muka comel, kulit putih dan gebu.

Di dalam benak hati aku, aku berkata, tidak mungkinlah budak yang smart-smart macam ini jadi penyamun juga, Sebab dari gambar yang lain, tengok macam berduit juga budak ini. Aku pun scroll lagi iPhone dia lalu membawa aku kepada petunjuk yang pertama.

Aku nampak ada gambar dan video di port mereka. Adalah budak-budak yang di dalam gambar itu aku kenal dan aku tahu mereka memang tahi dadah. Tetapi aku tidak tahu yang mana satu jalan job dengan kereta aku. Jadi aku periksa pula Whatsapp dia, ada satu voice note dia dengan geng dia, jadi dari sini aku tahulah siapa budak itu. Aku cuba buka Facebook dia, dapatlah aku tahu siapakah tuan punya telefon itu. Langkah pertama yang aku buat adalah tukar password iPhone dia dan kemudian aku up-kan satu status yang tengah viral ini.

Aku akan padam post tu bila semua setel

Padah Menyamun Tertinggal Handphone, Penyamun Ini Mendapat Pengajaran Yang Takkan Pernah Dilupakan Olehnya

Akaun Facebook budak itu aku yang control sekarang ini jadi memang dia tidak akan dapat update apa-apa lagi. Aku akan padam post itu bila kau dah dapat bidak itu sebab komuniti taman aku memang tengah mencari pun budak itu. Memang kami sudah aim lama, cuma tiada bukti saja. Kes curi motosikal, pecah rumah dan macam-macam lagi. Harap boleh settle. Kalau dia tidak buat, mungkin kawan-kawan dia.

Adik suspek sudah pun roger aku malam tadi dan berjumpa dengan komuniti di sini. Dia janji mahu berikan kerjasama. Adik dia memang aku respek!.

Antara komen-komen netizen yang menarik perhatian

Padah Menyamun Tertinggal Handphone, Penyamun Ini Mendapat Pengajaran Yang Takkan Pernah Dilupakan Olehnya

Padah Menyamun Tertinggal Handphone, Penyamun Ini Mendapat Pengajaran Yang Takkan Pernah Dilupakan Olehnya

Padah Menyamun Tertinggal Handphone, Penyamun Ini Mendapat Pengajaran Yang Takkan Pernah Dilupakan Olehnya

Padah Menyamun Tertinggal Handphone, Penyamun Ini Mendapat Pengajaran Yang Takkan Pernah Dilupakan Olehnya

Padah Menyamun Tertinggal Handphone, Penyamun Ini Mendapat Pengajaran Yang Takkan Pernah Dilupakan Olehnya

Sumber: Juan Sanchez

No comments:

Powered by Blogger.