Sering Dipandang Hina Dan Tak Berduit, Cara Wanita Ini Balas Dendam Sungguh 'Kejam'
Terima kasih admin sudi siar kisah aku. Aku Nurul umur 26, seorang eksekutif syarikat swasta. Dah dua tahun aku kerja dan gaji aku sekitar RM4k. Kebanyakan staf tempat aku kerja adalah orang berpangkat; ada datin, dato, dr. Macam-macam lagi. Yang bestnya, dorang ni jenis marah betul kalau panggil dorang guna pangkat.
So memang panggil nama jelah. Pakaian kami pergi tempat kerja adalah kasual, jersi company seluar jeans dan kasut. Jadi ramailah orang fikir aku ni promoter, budak sekolah yang ada kelas pendidikan jasmani takpun kerja sebagai pembantu kedai.
Aku sikit pun tak kisah sebab aku dah biasa jadi rendah diri, macam geng ofis aku. Cuma yang tak best adalah bila aku pergi outlet macam MPH, supermarket atau mana-mana tempat yang staff dia pakai tshirt, orang akan ingat aku kerja situ. “Adik kat mana buku ni?” “Saya nak beli ni, ada lagi tak?” Aku senyum jelah. Kelakar pun ada.
Gambar hiasan. |
Tapi sikit pun tak marah. Aku cuma bengang bila aku masuk mana-mana kedai, tapi orang tak nak layan sebab nampak macam tak ada duit. Pernah sekali tu aku nak beli kek. Aku ni kalau tengok kek tu, rambang mata dia kalah orang pilih handbag.
Dalam 5 minit jugak aku tenung. Sekali kena marah dengan staf situ. Siap jeling weh, sumpah tak tipu. Aku rasa sangat kerdil dan malu. Staf tu rasanya muda dari aku. Cuma muka aku ni memang babyface, so orang akan fikir aku ni student. Balik pada cerita tadi. Jadi aku order pastu duduk.
Bila staf kedai (bukan staf yang jeling tu) tu datang nak serve aku, aku terus bangun dan blah. Puas hati aku walaupun rasa bersalah juga sebab tak bayar dan dikira menganiaya. Lepas tu aku complain kaw-kaw dekat HR dia melalui email.
Kes kedua, pernah sekali aku usha handbag, sorang promoter pon tak layan aku. Dorang borak2 dan biarkan aku terkial-kial. Tak datang rapat pun. Kali ni aku tak lari. Aku ambil handbag yang harga dia lebih RM1000. Salesgirl tu terus cakap, harga handbag ni 1k++ dan tengok aku atas bawah. Sebab geram sangat, aku keluarkan duit, bayar cash on the spot. Walaupun lepas tu aku terpaksa berhuhuhu je sebab mahal sangat.
Kes ketiga berlaku dekat bank. Masa tu aku baru nak buka akaun. Dia suruh aku tulis nombor apa tah aku tak ingat pada satu borang. Tulisan aku ni buruk, no 0 nampak macam no 6. Teller bank tu campak kertas kat aku dan cakap, buruknya tulisan. Dia suruh aku tulis semula. Masa tu, aku tak jawab apa pun.
Sepanjang aku hidup itulah kali pertama orang herdik tulisan aku. Macam kena robek dengan pensel rasa dia.Haha..Pastu aku keluarkan duit rm3k untuk labur dalam asb. Tiba-tiba dia jadi peramah. Banyaknya duit adik…buat bisnes online ke. Amboi, siapa adik kau. Btw, duit tu sebenarnya duit kutu. Bukan aku nak show off ye.
Aku hairan kenapa orang yang berpangkat dan berharta perangai dorang lebih rendah diri berbanding mereka yang kerja biasa2 je. Tak semua tapi aku dah lali kena layan macam budak. Cukuplah tiga kes ni buat aku fobia betul nak deal with people yang ukur orang pada baju yang mereka pakai.
Nasihat aku, layanlah semua orang sama rata. Kita tak tahu siapa akan tolong kita bila susah. Ada pekerja warga asing yang ada ijazah kedoktoran jadi buruh di Malaysia. Dan aku sedar ada promoter sebenarnya seorang pemegang master. Di atas, di bawah, kita tetap hamba-Nya.
No comments: