Header Ads

PPIM Serbu Skim Kopi Pak Belalang Yang Didakwa Perdaya Lebih 300 Ribu Mangsa Di Seluruh Malaysia

PPIM Kembali lagi, kali ini dengan Skim Kopi Pak Belalang yang telah memperdaya lebih 300 ribu mangsa seluruh Malaysia, di serbu oleh PPIM yang diketuai oleh saudara Yusuf Azmi daripada UTK PPIM.

Skim MLM Kopi Pak Belalang yang diserbu PPIM didakwa menjalankan kutipan wang tidak berlesen dengan menjanjikan pulangan wang berganda kepada para pelabur. Ada yang melabur Rm5000 dan ada paling banyak sehingga Rm 3.8 juta. Ada juga laporan di mana ada pelabur yang disaman balik oleh kopi pak belalang sebanyak 17 juta.

PPIM telah memberi masa 7 hari untuk CEO Kopi Pak Belalang iaitu Dato’ Sri Dr Rozaini Hasan untuk menjelaskan tuduhan oleh mangsa-mangsa syarikat tersebut

PPIM Serbu Skim Kopi Pak Belalang Yang Didakwa Perdaya Lebih 300 Ribu Mangsa Di Seluruh Malaysia

Kopi Pak Belalang ini adalah Scam bawah nama ARBA?

Nama arba ni dah lama rasanya .. mari kita baca fakta dari Pseudoscience Watch (FB)

1. July 2016 ARBA dah mula pamerkan symptoms tersontot, pulangan bulanan lambat dibayar.

2. September 2016, peserta ARBA 1.0 diarah untuk tukar polisi kepada ARBA 2.0 yang tidak lagi menjanjikan pulangan bulanan, tapi majority peserta tidak setuju.

3. Sebagai gula-gula untuk pujuk peserta tukar, peserta dijanjikan rebate 20% dari modal apabila tukar polisi ARBA 1.0 kepada ARBA 2.0 dan bayaran akan dibuat pada 22 December 2016.

4. Pulangan bulanan untuk December 2016 tidak dibayar, alasan yang Rozaini bagi ialah update system.

5. 21 December 2016 kesemua peserta ARBA 1.0 tukar polisi kepada 2.0.

6. Tiba 22 December sepatutnya rebate 20% dibayar, tapi peserta tak dapat apa-apa.

7.Tiba January 2017, peserta hanya menuntut pulangan bulanan December 2016, tapi Zaini bagi alasan demi alasan, kononnya masalah dengan bank.

8. April 2017, masih tiada apa-apa untuk peserta, alasan pula ialah masalah dengan bank di Indonesia.

9. September 2017, peserta diarah untuk bayar yuran renewal, kalau tak bayar peserta diugut modal akan hangus.

10. October 2017, PPIM gegar pejabat GM Kopi Pak Belalang.

PENCERAHAN MENGENAI PLAN PEMASARAN ARBA

1. Ustaz bangsat sekor ni asyik cerita mengenai plan pemasaran.

2. OK, sekali lagi kami bagi pencerahan apakah yang dimaksudkan dengan plan pemasaran ARBA.

3. Ambil contoh jual beli baju.

4. Wan Zul jual baju berharga RM 100 kepada Ali dengan diskaun 96%.

5. Ali tetap bayar RM 100, diskaun 96% dibayar secara ansuran sebanyak RM 8 sebulan selama setahun. Dalam ARBA, ini dnamakan sales return (sebelumnya dinamakan hibah).

6. Ali tak dapat juga baju sebab Wan Zul akan pasarkan baju tersebut kepada orang lain (dalam scam ARBA, CIWG Indonesia yang kononnya pasarkan kopi).

7. Katalah baju Ali tadi dibeli oleh Abu dari Wan Zul dengan harga RM 100, genap setahun Ali dapat another RM 100 dari jualan baju kepada Abu.

8. Persoalan, Wan Zul berniaga tak nak untung ke? Inilah plan pemasaran yang bangang.

9. Here is the trick, Wan Zul boleh jual baju yang sama kepada ramai orang kerana tiada produk yang bertukar tangan.

10. Secara luaran, nampak ada jual beli, hakikatnya ianya adalah money game scam dengan menggunakan produk kopi.

11. Itulah caranya si Zaini kumpul dana untuk money game scam ARBA.

12. Pulangan bulanan terhenti sebab scam ARBA dah capai tahap tepu.

RAKAMAN VIDEO PPIM TERJAH PAK BELALANG



Ko Tunggu Rozaimi Hassan!’ Mangsa Kopi Pak Belalang Warning Scammer Pak Belalang



Yusuf Azmi Nak Bertemu Dengan Dato Rozaini



Sumber: alamviral.com

No comments:

Powered by Blogger.