Politikkan Banjir Di Pulau Pinang, Fathia Latiff Dikecam Teruk Netizen
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kejadian banjir besar di Pulau Pinang dan seramai 1,968 mangsa banjir kini di tempatkan di beberapa pusat pemindahan di negeri tersebut. Dikhabarkan banjir sudah kembali surut dan kesemua mangsa sudah dibenarkan pulang.
Lain pula kisahnya kali ini tatkala isu tarian panasnya masih lagi meniti di bibir masyarakat, Fathia Latiff kembali mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka mempersoal tindakan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak tidak turun padang melihat keadaan mangsa banjir di Pulau Pinang sebaliknya mengadakan lawatan di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Bantuan sudah pun dihantar
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menggesa semua pihak untuk menghantar bantuan ke Pulau Pinang seawal jam tiga pagi lepas menyahut panggilan Menteri Besar Pulau Pinang melalui Facebook Live.
Kita sedia maklum bahawa Perdana Menteri terikat dengan jadual kerja yang sangat padat dan apa salahnya jika beliau mengarahkan timbalannya untuk mengambil alih tugas itu.
“Pandai cakap je tak membantu langsung”
Tindakkan Fathia tersebut telah dikecam hebat oleh netizen dan melebelnya sebagai “artis tak membantu”. Jika kita tak mampu untuk membantu apa-apa lebih baik kita berdiam diri dan biarkan individu yang sepatutnya membuat kerja tersebut.
Terbaharu, Fathia Latiff dilihat memberi 'amaran' dan menafikan statusnya itu ada kaitan dengan politik.
Sure ke sindir? Jangan sampai bawak ke mahkamah.
Ini pula reaksi netizen
Sumber: ohbulan.com
No comments: