Perang Hunain: Perang Yang Ramai Umat Islam Tidak Tahu
Kalau disebutkan tentang perang Islam, ramai akan terbayang tentang Perang Badar, Perang Uhud, Perang Tabu’ dan Perang Khandaq tetapi masih banyak lagi perang lain yang berlaku ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W menjadi khalifah di muka bumi.
Perang Hunain merupakan antara perang yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W tetapi ramai yang kurang mendapat pendedahan tentang perang ini. Ya betul, ada sahaja orang yang sudah mengetahui tapi masih ramai yang belum mengetahui tentang kisah Perang Hunain.
Hari ini Sepat ingin berkongsikan kisah Perang Hunain dan apa teladan yang kita boleh ambil daripada peperangan ini. Gambar sekadar hiasan dan tiada kena mengena dengan baginda Rasulullah S.A.W atau mana-mana umat Islam.
Sebab Berlakunya Perang
Perang ini berlaku selepas Pembukaan Kota Makkah (Fathu’ Makkah) kerana berlaku perasaan tidak senang hati oleh penduduk kaum musyrikin yang berada di persekitaran Makkah terutama puak Hawazin dan Thaqif. Mereka tidak dapat menerima hakikat dengan penaklukan umat Islam di Kota Makkah.
Kedua-dua puak ini merancang untuk menyerang umat Islam di Makkah dan mereka mula berkumpul di satu kawasan bernama Autas berdekatan Lembah Hunain. Mereka membawa semua kelengkapan perang, harta dan keluarga untuk menyertai perang ini dan mereka diketuai oleh Malik bin Auf.
Lembah Hunain Tempat Pertempuran
Lembah Hunain terletak di antara Kota Makkah dan Taif tetapi lebih dekat dengan Taif. Nabi Muhammad S.A.W membuat keputusan untuk menyerang puak-puak ini kerana dikhuatiri akan lebih ramai yang akan menyertai kaum musyirikin ini pada 6 Syawal 8H bersamaan 630 Masihi.
Jumlah tentera Islam yang menyertai ialah sebanyak 12,000 iaitu 10,000 tentera Islam yang telah membuka kota Makkah dan 2,000 yang baru saja memeluk Islam. Ada antara umat Islam yang mengatakan “Hari ini kita tidak akan dikalahkan” kerana menganggap bilangan ramai menjamin kemenangan.
Perasaan Riak dan Bongkak Mempawa Padah
Pada 11 Syawal, Khalid Al-Walid yang mengetuai batalion perang memasuki Lembah Hunain bersama tentera Islam yang lain. Sejurus sampai ke Lembah Hunain, mereka diserang bertubi-tubi dari berbagai-bagai arah oleh anak panah yang ditembak oleh tentera Musyrikin.
Rasulullah yang berada di batalion belakang memanggil tentera Islam untuk tenang dan masuk semula ke dalam barisan. Dengan keadaan yang tidak terkawal, Rasulullah tampil ke depan dan melaungkan “Allahuakbar” yang kemudiannya menenangkan keadaan dan disambut laungan itu oleh umat Islam.
Kemenangan Umat Islam
Tentera Islam kemudian mara ke depan untuk menyerang orang Musyrikin. Nabi Muhammad S.A.W mengambil sengenggam pasir dan meniup ke arah kafir Musyrikin dengan doa agar diberi bantuan oleh Allah untuk mengalahkan golongan kafir Musyrikin.
Pasir ini terbang ke wajah kafir dan rentak peperangan mereka berubah sehingga menyebabkan mereka berundur. Ramai di antara golongan Musyrikin yang tewas dan melihatkan kemenangan kepada umat Islam.
Turunnya Ayat Al Quran Berkenaan Peperangan Hunain
Ayat 25:- “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai;maka bilangan kamu yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri”
Ayat 26:- “Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran; dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.
Folio berkenaan Perang Hunain daripada satu Tarikhnama (Buku Sejarah) |
Kisah peperangan Hunain dalam buku Tarikhnama
Teladan daripada kisah ini ialah perasaan bongkak dan riak hanya akan membawa kepada keburukan walaupun kepada umat Islam sendiri. Kembali beriman kepada Allah kerana hanya Allah mampu untuk membantu kita di saat-saat kesusahan.
Kredit: iluminasi.com
No comments: