Lepas Seorang, Seorang Tampil Dedah Perangai Sebenar Shahir AF
Sebelum ini, kita dikejutkan dengan pendedahan seorang wanita yang dikenali sebagai Raudhatul Ain di akaun Facebook miliknya yang mendakwa Shahir AF 'lari' dari bayar hutang. Pelbagai janji janji yang ditaburkan yang kononnya Shahir AF akan melangsaikan hutangnya namun habuk pun takda.
Terbaharu, tampil pula individu yang mendakwa turut sama terpedaya dengan janji manis Shahir AF yang kononnya akan melangsaikan hutangnya.
Lelaki yang bernama Azim Azizan ini tampil mendakwa Shahir AF turut tidak melangsaikan hutang seperti yang dijanjikan olehnya. Anda baca sendiri kenyataan Azim Azizan berserta bukti-bukti screenshotnya bersama Shahir AF.
Terpaksa buat laporan polis kalau hutang tak dilangsaikan.
Muncul pula seorang wanita yang bernama Fara Omar yang tampil dengan isu yang sama.
Mati-mati ingat artis ni kaya-raya.
Kisah ini menjadi pertelingkahan antara individu-individu yang tampil mendedahkan dan mendakwa Shahir AF berhutang dengan mereka dengan peminat Shahir AF yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang mendedahkan perkara tersebut buat tatapan umum.
Apa-apapun, kita tunggu penjelasan dari tuan punya badan, Shahir AF mengenai isu ini untuk menjawab segala kontroversi yang timbul.
No comments: