Header Ads

Masih Ingat Botak Chin, Penjenayah Paling Kejam Dan Licik? Ini Kisah Mengejutkan Sewaktu Beliau Di Penjara

Wartawan Dedah Kisah Belakang Tabir Penjenayah Botak Chin Sewaktu Di Penjara

Nota Editor: 2 catatan tentang Botak Chin (antara penjenayah yang paling diburu dan dikehendaki oleh polis Malaysia satu ketika dulu) adalah hasil perkongsian Syahril A. Kadir. Beliau pernah bekerja sebagai Senior Crime Reporter di Utusan Malaysia.

SIAPA yang tidak kenal dengan penjenayah terkenal, Botak Chin? Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin menjadi sebutan pada era 70-an selepas terlibat dalam kes rompakan berskala besar di negara kita selain mempunyai sikap tegar dan zalim kerana dia tidak akan ragu-ragu membunuh kawannya sendiri kalau dia dapati mereka cuba belot dengannya.

Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Ikuti perkongsian menarik beliau yang mungkin tak pernah anda ketahui sebelum ini.

Masih Ingat Botak Chin, Penjenayah Paling Kejam Dan Licik? Ini Kisah Sewaktu Beliau Di Penjara

Catatan 1

BOTAK CHIN MAHU KONGSI HASIL ROMPAKAN DENGAN TIMBALAN MENTERI, CABAR PENJARA GUNA WAYAR GANTUNG DIRINYA!

HARI ni aku nak berkongsi kisah penjenayah tersohor di Malaysia, Wong Swee Chin@ Botak Chin. Sebenarnya dia bukan berkepala botak, tetapi ia adalah gabungan dari tiga perkataan Hokkien iaitu Bo Tak Chin yang bererti Tiada (Bo), Kerja (Tak) Chin (China) atau China Tiada Kerja atau ‘jobless Chinese’.

Dia ni famous sebab kononnya dia macam Robin Hood moden, rompak tetapi bagi duit kat orang miskin. Tapi ramai yang tak tahu, dia buat macam tu sebab nak ‘cover line‘ je, bila bagi duit kat orang, ramai yang selalu ‘cover‘ dia dari ditangkap polis.

Botak Chin ni terkenal era 70-an sebab selalu terlibat dalam rompakan besar dan tak ragu-ragu untuk membunuh kawannya sendiri kalau mereka belot.

Zaman tu aku pun tak lahir lagi tetapi aku dapat banyak maklumat mengenai Botal Chin daripada pegawai polis yang paling dibencinya, Tuan Kulasingam dari CID.

Pendedahan Wartawan Tentang Kisah Dibelakang Tabir Penjenayah Botak Chin Sewaktu Di Penjara Yang Mengejutkan

Botak Chin pernah mengarahkan kuncu-kuncu menembak Tuan Kulasingam sehingga cedera parah. Aku pernah sehari suntuk duduk dengan Tuan Kulasingam masa dia pencen polis dulu untuk mendapatkan cerita pasal Botak Chin. Tak lama lepas tu Tuan Kulasingam meninggal dunia.

Baik, berbalik pada Botal Chin ni, masa dia kena tangkap dan dimasukkan ke Penjara Pudu dulu, dia pernah nak rancang untuk BOM penjara berkenaan.

Untuk itu sedikit demi sedikit dia sediakan bahan-bahan letupan seperti paku dan karbad, yang dibawa masuk ke penjara secara beransur-ansur oleh mereka yang melawatnya. Bahan-bahan letupan ini disimpan di dalam tandas. Bila wadar dapat tahu, dia pukul dan tikam wadar penjara tu setengah mati!

Seorang Timbalan Menteri Dalam Negeri pernah diarah berjumpa dengan Botak Chin kat Penjara Pudu untuk selesaikan masalah ‘keras kepala’ dia ni, tahu apa Botak Chin buat?

Dia boleh offer pulak Timbalan Menteri ni duit rompakan yang dia simpan janji dia dibebaskan dari penjara. Dia pulak nak ‘psiko’ Timbalan Menteri ni.

Dan bila Timbalan Menteri tadi enggan layan rancangannya itu, dia maki hamun Timbalan Menteri tu sebab kononnya melengahkan proses hukuman mati yang dikenakan ke atasnya.

Botak Chin Sewaktu Di Penjara

“Pasal apa simpan gua, kasi makan, buang duit government. Gantung gua, bakar gua punya body dan buang semua habuk dalam parit dan longkang. Apa tunggu lagi? Takut kah?,” jerit Botak Chin pada Timbalan Menteri tu.

Bila diterangkan pada Botak Chin yang tali gantung masa tu kehabisan stok untuk menggantung lehernya, sekali lagi Timbalan Menteri itu dimarahi Botak Chin.

Timbalan Menteri itu memberitahunya, tali gantung (ketika itu) terpaksa ditempah di England dan ia mesti disalut dengan baldu bagi mengurangkan kesakitan yang ditanggung pesalah.

Ternyata penerangan itu membuatkan Botak Chin lagi panas hati. Botak Chin terus tanya;

“Mana lu tahu sakit kah tak sakit kah? Yang sudah mati kena gantung ada cakap sama lu?’

Untuk itu Botak Chin mencadangkan WAYAR untuk menggantung dirinya sebagai langkah alternatif. Ganas tak?

Tapi yelah, ganas macam manapun Botak Chin tak dapat lari daripada takdir. Akhirnya pada 11 Jun 1981, pada usia 28 tahun, Botak Chin menemui ajalnya setelah digantung sampai mati di Penjara Pudu.

Berakhirlah riwayat salah seorang penjenayah paling kejam dan licik di Malaysia.

NOTA:  Timbalan Menteri yang saya maksudkan ialah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid. Sanusi pernah menulis pengalamannya dengan Botak Chin itu dalam blog peribadinya.

Botak Chin Sewaktu Di Penjara

Catatan 2

DR. MAHADEVAN: BOTAK CHIN BERDIRI TEGAK TANPA DISURUH SETIAP KALI LAGU NEGARAKU BERKUMANDANG!

Kelmarin aku ada menulis mengenai penjenayah terkenal, Wong Swee Chin@ Botak Chin, seorang lelaki yang cukup terkenal dengan kegiatan jenayahnya sekitar tahun 70-an hingga digeruni oleh masyarakat dan menjadi orang yang paling diburu PDRM ketika itu.

Tapi tak ramai tahu yang ada seorang lelaki yang telah diberi tanggungjawab untuk ‘menganalisa’ penjenayah paling berbahaya ini ketika suspek berjaya diberkas pihak polis dalam satu operasi khas. Orangnya tidak lagi dan tidak bukan, Pengarah Hospital Bahagia Tanjung Rambutan (ketika itu), Tan Sri Dr. Mahadevan.

Dr. Mahadevan adalah satu nama besar dalam bidang psikatri di negara kita. Malah untuk pengetahuan korang, beliaulah yang memberi nama Hospital Bahagia kepada pusat perubatan mental tertua di negara kita itu.

Berbalik pada kisah Botak Chin, antara cabaran awal Dr. Mahadevan adalah memastikan keselamatan petugas perubatan hospital itu. Ini kerana Botak Chin mempunyai ramai pengikut yang setia dan sanggup berbuat apa saja bagi memastikan penjenayah tersebut dapat lari sama ada dari penjara ataupun hospital.

Penjenayah Botak Chin Sewaktu Di Penjara

Untuk itu, Dr. Mahadevan telah melantik tiga pegawai paling dipercayainya untuk bersedia berhadapan dgn sebarang kemungkinan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini selama Botak Chin dirawat di hospital tersebut.

Bagi memantau tingkah laku Botak Chin dalam wad mental itu, Dr. Mahadevan telah memasang kamera tertutup di wad berkenaan. Tindakan ini langsung tidak disedari oleh Botak Chin.

Selama pemerhatiannya menerusi sebuah monitor khas yang disambung wayarnya dengan kamera tersebut, beliau mendapati Botak Chin seorang yang cukup disiplin, jauh dari tanggapan orang sebelum ini. Menurut Dr. Mahadevan, setiap pagi lelaki itu akan membuat latihan senaman tai chi di biliknya.

Botak Chin juga hanya meminta sebuah televisyen di biliknya dan setelah permintaannya itu ditunaikan, dia habiskan masanya dengan menonton TV hingga tamat siaran.

Yang paling beliau tidak lupa, setiap kali TV memainkan lagu Negaraku ketika tamat siaran, setiap kali itu jugalah Botak Chin akan bangun berdiri sebagai tanda hormat!

Menurut Mahadevan, Botak Chin juga digilai ramai wanita hingga menyebabkan Hospital Bahagia itu sentiasa dihujani panggilan mereka yang bertanyakan keadaan terkini penjenayah berkenaan.

Dalam pada itu, ketika ditanya oleh Dr. Mahadevan, Botak Chin menafikan yang beliau gemar membunuh, sebaliknya penjenayah itu mendakwa tidak pernah melepaskan tembakan (kecuali terpaksa) dan akan memastikan premis yang dirompaknya BEBAS dari kehadiran pelajar sekolah.

Malah Botak Chin memberitahu ada ketikanya dia hanya merompak menggunakan pistol yang tidak berisi peluru bagi mengelakkan kecederaan atau kematian mana-mana pihak.

Kata Dr. Mahadevan, Botak Chin juga pernah merayu kepada mahkamah agar organ badannya seperti mata dan buah pinggangnya didermakan kepada mereka yang memerlukan selepas dia digantung di penjara namun ia ditolak oleh hakim kerana penjenayah itu tidak pernah mengisi borang untuk berbuat demikian!

Botak Chin Sewaktu Di Penjara
AKU DAN DR MAHADEVAN

Namun menurut Dr. Mahadevan, selepas 19 hari dirawat di Hospital Bahagia, beliau terpaksa ‘melepaskan’ Botak Chin untuk ditahan di penjara kerana pihak polis menemui sebutir peluru di hospital itu – yang dipercayai satu ugutan dan percubaan untuk melarikannya dari wad gila berkenaan!

Begitulah serba sedikit pengalaman seorang tokoh perubatan yang makin dilupakan jasa dan sumbangannya pada negara. Kini Dr. Mahadevan semakin tua dimamah usia. Beberapa tahun lepas beliau nyaris maut apabila diculik sekumpulan penjenayah dan dipukul hingga mengalami kecederaan parah.

Kali terakhir aku bertemu Dr. Mahadevan adalah kira-kira lima tahun lepas di Carcosa Seri Negara. Entah di manalah beliau sekarang.

No comments:

Powered by Blogger.