Header Ads

Lelaki Kelantan Pemalas Sebab Utama Kenapa Wanita Semakin Kaya

Sejak kebelakangan ini seringkali kita melihat beberapa nama wanita dari Kelantan yang menjadi jutawan dalam pelbagai bidang perniagaan. Jika disenaraikan disini nama-nama jutawan wanita dari Kelantan sudah pasti ramai yang terkejut kerana begitu ramai.

Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida antara salah seorang jutawan wanita yang berasal dari Kelantan. Pencapaiannya dalam bidang perniagaan tidak siapa yang boleh pertikaikan lagi. Walaupun beliau menjalankan perniagaan tanpa ada seorang lelaki(suami) dibelakangnya tetapi beliau berjaya membuktikan bahawa wanita boleh berjaya walaupun bersendirian.

Jika kita lihat rata-rata peniaga di Kelantan sebagai contohnya di Pasar Siti Khadijah, majoriti peniaga-peniaga adalah dari kaum wanita. Dimanakah kaum lelaki?

Lelaki Kelantan Pemalas Sebab Utama Kenapa Wanita Semakin Kaya

Datuk Mohd. Nassuruddin Daud yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, menegur kaum lelaki semasa menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu.

Beliau dilaporkan telah membandingkan golongan lelaki seperti ini seperti ‘bapa ayam’ yang punya banyak ‘ibu ayam’ tetapi tidak bertanggungjawab melindungi dan mencari makanan anak-anak ayam, sebaliknya tugas itu ditanggung sepenuhnya oleh ‘ibu ayam’.

Semakin ramai lelaki kebelakangan ini, khususnya di Kelantan pemalas dan tidak mengambil peduli keperluan isteri dan anak-anak, sangat perlu diambil perhatian.

Sungguh tepat perbandingan yang diberi Exco Kerajaan Pas itu kerana inilah realiti yang berlaku sejak dahulu lagi sehingga kadang-kadang ia mungkin disalah tafsir oleh ‘orang luar’ sebagai satu budaya di Kelantan.

Lelaki Kelantan Pemalas Punca Wanita Semakin Kaya

Memetik kata Mohd. Nassuruddin; “Semasa musim hujan kita boleh lihat ‘ibu ayam’ bersusah payah melindungi anak daripada kesejukan dan banjir, tetapi mana pula si bapa ayam. Dia (suami) seronok main dam aji di kedai kopi”.

Mungkin kerana faktor ‘pemalas’ ini jugalah menjadi sebab wanita Kelantan begitu gah dalam dunia perniagaan dan mendominasi pasar-pasar yang ada di negeri ini termasuk pasar ikon, Pasar Siti Khadijah dan melakukan pelbagai pekerjaan dalam satu masa kerana mereka tahu tidak boleh bergantung kepada suami.

Justeru, keberanian pemimpin untuk mengakui bahawa ‘kita ada masalah’ adalah sesuatu yang patut dipuji supaya kita tidak alpa dan masing-masing sama ada kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat dan institusi keluarga wajib berusaha mencari jalan penyelesaian.

Tidak dinafikan fenomena ini wujud merata-rata tetapi janganlah kita cepat membuat alasan isu sama juga berlaku di negeri lain kerana itu seumpama seorang ibu atau bapa yang dimaklumkan tentang anaknya yang nakal oleh jiran dengan jawapan ‘anak kau pun apa kurangnya’.

No comments:

Powered by Blogger.