Header Ads

"Jika Harga Minyak Terus Naik, Kerajaan Akan Pertimbang Naikkan BRIM" - Menteri

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) tambahan jika kenaikkan harga minyak terus berlaku.

Beliau turut menambah bahawa dana untuk pertambahan BRIM boleh dipertimbangkan namun pengagihan perlu dilakukan secara tidak tetap.

"Jika Harga Minyak Terus Naik, Kerajaan Akan Pertimbang Naikkan BRIM" - Menteri

“Ini mungkin..kalaulah peningkatan harga minyak ini boleh menyebabkan kerajaan dapat lebihan (pendapatan) yang boleh kita sumbangkan (semula) kepada masyarakat berpendapatan rendah yang menerima BR1M.

“Kemungkinan besar kita boleh pertimbangkan (pemberian) BR1M tambahan tapi (jumlahnya) tidak tetap iaitu apabila (harga minyak) jatuh kita kurangkan (jumlah) BR1M tambahan ini,” katanya lagi.

Beliau turut menambah bahawa kerajaan mendapat faedah pendapatan sekitar RM 300 juta bagi setiap peningkatan AS$ 1 (RM 4.20) harga minyak.

“Kerajaan Pertimbang Naikkan BRIM Jika Harga Minyak Terus Naik” – Menteri

“Kalaulah kita hari ini (yang ditetapkan dalam) bajet AS$52 setong, katakan purata (naik) AS$62, maknanya kita sudah ada AS$10 (RM42), jadi kerajaan ada tambahan pendapatan RM3 bilion,” katanya.

Sejak kerajaan melaksanakan sistem ampungan harga minyak yang kini ditetapkan secara mingguan, kerajaan menanggung kenaikkan satu sen setakat ini.

“Saya bagi sedikit maklumat, sejak kita apungkan harga minyak ini, kalau kita lihat, ada 12 kali turun dan lebih kurang 19 kali naik.

“Kerajaan Pertimbang Naikkan BRIM Jika Harga Minyak Terus Naik” – Menteri

“Keseluruhan turun adalah RM0.74 sen. 19 kali naik (pula) iaitu RM0.75 sen. Kalau kita lihat impaknya adalah sebanyak satu sen kenaikan iaitu sejak apungan ini dilaksana,” katanya.

Katanya lagi, walaupun subsidi petrol dihapuskan, kerajaan bagaimanapun masih menyalurkan subsidi untuk diesel dan gas petroleum cecair (LPG) berjumlah RM 1.6 bilion.

“Namun subsisdi ini kita tidak bagi kepada pengguna secara langsung tetapi kepada kumpulan nelayan dan segmen komuniti yang terbabit untuk menggiatkan aktiviti ekonomi,” katanya.

No comments:

Powered by Blogger.