Header Ads

Identiti Sebenarnya Lelaki Bertopeng Di ASK2017 Didedahkan

PENGANJURAN Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) bukan sahaja mengiktiraf karya pengiat seni tanah air, malah ada yang menjadikannya sebagai tempat memperagakan busana indah dan fesyen unik untuk tatapan peminat.

Antara yang mencuri perhatian lensa kamera pada malam itu ialah gaya seorang lelaki dengan imej bertopeng hitam yang berjalan di karpet merah.

Identiti Sebenarnya Lelaki Bertopeng Di ASK2017 Didedahkan

Imej topeng hitam tersebut telah digayakan oleh pelakon baharu iaitu Adam Shadan yang mula dikenali menerusi drama Titian Cinta.

Gaya Adam bertopeng di karpet merah ASK2017 mencuri tumpuan netizen. Dia hadir bersama pelakon Feiyna Tajudin.

Menurut Adam atau nama sebenar Mohamad Shahaadan Che Seman, dia memilih fesyen itu kerana mahu mencari kelainan dan berasakan gaya tersebut bersesuaian dengan tema ‘glamor’.

Viral Gambar Lelaki Bertopeng. Siapa Sebenarnya Lelaki Bertopeng Di ASK2017?

“Sebenarnya, saya pakai topeng hitam untuk mencari kelainan dalam berfesyen. Iyalah, saya ni artis baru jadi kena cari sesuatu yang lain daripada orang lain.

“Lagipun, saya baru selesai penggambaran drama dan muka saya ada sedikit sunburn (kesan kulit terbakar), jadi pakai topeng saja lah senang,” katanya kepada mStar Online.

Pada malam tersebut, Adam memakai pakaian yang ditaja oleh pereka fesyen Taufik Idros Creation.

Viral Gambar Lelaki Bertopeng. Siapa Sebenarnya Lelaki Bertopeng Di ASK2017?

Inilah wajah sebenar lelaki disebalik topeng hitam semasa siaran langsung ASK2017 pada malam Jumaat lalu.

Sementara itu, pelakon berusia 26 tahun ini mengakui ada menerima komen negatif daripada penonton di laman sosial yang mempertikaikan penampilannya malam itu.

Bagaimanapun, dia tidak mahu ambil pusing dengan komen netizen dan menerima dengan hati terbuka.

Siapa Sebenarnya Lelaki Bertopeng Di ASK2017?

Bakat Adam mula dicungkil menerusi program DFKL2017.

“Biarlah orang nak kata apa pun. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang” katanya.

Bercakap mengenai kerjaya seni, Adam bakal muncul dalam telefilem Bilo Nogori Jupo Kelate untuk slot Iris TV3 dan Sekolah Hati yang bakal bersiaran di Astro tidak lama lagi.

Sumber: mStar

No comments:

Powered by Blogger.