Header Ads

Waspada dengan makcik ini ketika di TBS dan KL Sentral

Waspada dengan makcik ini ketika di TBS dan KL Sentral

Sekiranya dulu sewaktu Puduraya berada di zaman kegemilangannya, hentian bas itu pernah menjadi lubuk con artist yang berlegar-legar mencari mangsa di sekitar terminal itu.

Namun, setelah siapnya Terminal Bandar Selatan yang gah ini, kebanyakkan con artist telah bertukar pusat operasi mereka ke terminal serba canggih ini. Selain itu, kawasan hot spot yang lain seperti KL Sentral juga turut menjad lubuk con artis ini. 

Tidak perlukan misai yang tebal dan badan penuh bertatu untuk menipu, apa yang diperlukan cukup sekadar wajah yang suci serta tutur kata yang sopan dan ayat yang menyakinkan.

Begitulah pengalaman dua orang rakyat mahraen  yang menjadi mangsa penipuan oleh orang yang sama, tetapi di lokasi yang berbeza.

Kisah satu

Lokasi di TBS, Sungai Besi. Tengah dok main wassep semua tu, tetiba aku disapa seorang mak cik ni. Masa tu, dah pukul 11 malam. Oh okay, mungkin dia nak teman borak ke apa. Aku pun berbaik sangka ajelah. Layan cerita dia…dalam hati macam taknak percaya, sebab dari gaya dia memang kontra dengan cerita. Penipu ni…tapi entahlah aku pun tak tahu benda apa yang buat aku mudah sangat percaya…(rasa macam nak tampar je diri sendiri time tu)


Intro kena baik

“Mak cik ni teacher MUET, ada krusus kat putrajaya Rabu ni. Pagi tadi mak cik sampai dari Penang, kononnya nak datang awal sebab nak jenjalan pusing KL. Masa mak cik keluarkan duit dekat Brickfield, mak cik kena ragut. Adalah dalam rm500 jugaklah duit mak cik melayang. Handphone mak cik pun dia kebas. Hilang semua IC, kad bank. Mak cik ada anak sorang kat Dubai, kerja oil and gas. Mak cik dok mengajar kat Penang. Pak cik dah meninggal. Sedara pun dah takde. Itu yang mak cik menangis sebab tak tahu nak mintak tolong siapa dah. Polis pun tak dapat nak tolong. Ini kalau adik ada duit, mak cik ingat nak pinjamlah sikit. Nanti mak cik bayar balik. Adik bagilah nombor telefon, no. akaun semua, supaya senang mak cik bayar semula. Mak cik nak duit buat beli tiket ke penang je. Mak cik kena buat IC baru sebelum pergi kursus…”
Hati-hati dengan makcik puaka ini ketika di TBS dan KL Sentral

Saat-saat sedar diri kena tipu

Terjebak aku bagi makcik tu RM50. Aku tanya dia, harga tiket berapa? Dia jawab, rm28.90. Masalahnya, dia tunjuk kat aku baki rm10 je. Aku tanya lagi, mana baki rm21?

Sebelum tu, dia dah tulis maklumat dia sebab aku paksa sebagai bukti yang dia tak menipu. Tapi, tak tahulah kalau maklumat ni betul ke palsu. Wallahua’lam. Kata dia nombor telefon tu dah 14 tahun guna. Tadi aku cuba telefon, nombor tu dah takde dalam perkhidmatan..pigidaa!! Alamat tu pulak entah alamat sesiapalah dia ambik…😑

Dah beli tiket bas, tapi tak naik bas

Hati-hati dengan makcik puaka ini ketika di TBS dan KL Sentral

Aku: ‘Mak cik kenapa tak masuk lagi? Bukan kena masuk awal setengah jam ke?’ dia pun kata;
Penipu: ‘nak masuklah ni..’
Aku: ‘tiket mak cik mana?’ aku tanya. Dia pun keluarkan tiket yang dah renyuk lipat tu dekat aku. 

Aku ambik tiket dia dan tangkap gambar. Pastu, bagi dia balik.
‘Pergilah masuk sana mak cik.. karang tertinggal pulak’ dia pun ambik beg dia, beg plastik dan paling tak bleh blahnya bersalaman! hahahahahahah apa dowh yang merasuk aku ni?? — biasalah tu, budi bahasa, budaya kita kan?

Kisah dua

Lokasi di KL Sentral, Kuala Lumpur.  Kisah sedih bercampur kelakar lakar yang kawan aku kena dengan seorang makcik power mengayat kat KL Sentral! Hahahaha

Dapat tau ramai dah yang terkena. So, berhati hatilah semua. Jangan jadikan cuti midsem anda sebagai cuti midsem yang paling tak boleh dilupakan! Hahahahahaha.

Hati-hati dengan makcik puaka ini ketika di TBS dan KL Sentral

makcik penipu TBS dan KL Sentral

makcik penipu TBS dan KL Sentral

makcik penipu TBS dan KL Sentral

makcik penipu TBS dan KL Sentral

makcik penipu TBS dan KL Sentral

makcik penipu TBS dan KL Sentral

makcik penipu TBS dan KL Sentral

makcik penipu TBS dan KL Sentral

makcik penipu TBS dan KL Sentral

makcik penipu TBS dan KL Sentral

makcik penipu TBS dan KL Sentral

No comments:

Powered by Blogger.