Header Ads

Wanita Dedah Bagaimana Minuman Tenaga Menyebabkan Lubang Besar Pada Kepala Dan Hampir Membunuh Suaminya

Wanita Dedah Bagaimana Minuman Tenaga Menyebabkan Lubang Besar Pada Kepala Dan Hampir Membunuh Suaminya

Ramai menggunakan minuman bertenaga untuk menghilangkan ngantuk daripada kerja berpanjangan. Sebagai kesan, mereka akan ada lebih tenaga untuk menjalankan aktiviti harian. Adakah ia menyebabkan apa-apa kesan negatif?

Seorang suami hampir mati akibat pengambilan minuman bertenaga yang berlebihan. Tabiat minum minuman adalah punca kepalanya kini berlubang, dan cacat untuk selama-lamanya.

Isterinya berkongsi pengalaman pahit beliau semasa hamil

Wanita Kongsi Bagaimana Minuman Bertenaga Hampir Meragut Nyawa Suaminya Dengan Menyebabkan Lubang Besar Pada Kepalanya

Brianna mengatakan pada laman Facebook bahawa Austin mula meminum minuman bertenaga semasa dia mula kerja jangka masa yang lebih lama dari biasa. Kejadian tersebut berlaku semasa mereka masih menunggu kelahiran anak pertama mereka.

Dia mengatakan bahawa Austin mengalami komplikasi perubatan yang serius akibat daripada pengambilan minuman bertenaga yang menjadi punca kepada kecacatannya.

Wanita Kongsi Bagaimana Minuman Bertenaga Hampir Meragut Nyawa Suaminya Dengan Menyebabkan Lubang Besar Pada Kepalanya

Wanita Kongsi Bagaimana Minuman Bertenaga Hampir Meragut Nyawa Suaminya Dengan Menyebabkan Lubang Besar Pada Kepalanya

Doktor mengatakan bahawa terdapat pendarahan pada otaknya.

Mereka mempercayai bahawa tabiat mengambil minuman bertenaganya punca kondisinya sebegitu, setelah membuat ujian toksikologi untuk memastikan tiada unsur dadah.

Setelah beberapa pembedahan, hasilnya terdapat lubang yang besar pada kepalanya.

Wanita Kongsi Bagaimana Minuman Bertenaga Hampir Meragut Nyawa Suaminya Dengan Menyebabkan Lubang Besar Pada Kepalanya

Situasinya begitu selama beberapa minggu, dan apabila dia akhirnya sedar, dapat juga dia berjumpa dengan anaknya setelah dua bulan selepas kelahiran.

No comments:

Powered by Blogger.