Header Ads

Tugas cuci baju sebenarnya kewajipan seorang suami, tetapi bukan isteri?

Tugas cuci baju sebenarnya kewajipan seorang suami, tetapi bukan isteri?

Rasulullah menyampaikan empat nasihatnya dan ini dikutip oleh Sheikh Fuad Shalih pada bukunya yang berjudul Liman Yuriidu Az Ziwaaj wa Tazawuj. Salah satu nasihat itu adalah tentang kewajiban mencuci pakaian.

Sheikh Fuad rasa bahawa dia sangat perlu untuk mencantumkan hadis ini supaya para suami tidak hanya menuntut isteri tetapi juga mempersembahkan yang terbaik bagi isterinya.

Berikut adalah keempat nasihat tersebut:

1. Cuci baju


Nasihat pertama iaitu cucilah bajumu. Nasihat ini mempunyai 2 dimensi iaitu pada komposisi dan pada hasilnya. Dalam komposisi, cuci baju bererti berkongsi pekerjaan rumah tangga dengan isteri.

Mencuci baju jangan hanya dibebankan kepada isteri, suami juga harus melakukannya. Inilah teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Walaupun beliau adalah manusia yang paling mulia, pemimpin negara, panglima perang, sekaligus nabi. Beliau masih sempat membantu para isterinya menyelesaikan pekerjaan rumah tangga.

Dalam dimensi hasil, “cuci baju” akan membuat suami tampil dengan rapi di depan isteri. Tidak kusut atau menjengkelkan. Suami harus rapi di hadapan isterinya apalagi waktunya sudah malam. Suami perlu tahu bahawa isteri juga ingin suaminya tampil rapi di depannya.

Para isteri mungkin selama ini diam sahaja kerana mereka cenderung untuk menyimpan perasaaan dalam hati.

2. Merapikan rambut

Tugas mencuci baju itu sebenarnya bukannya kewajipan seorang isteri, tetapi suami?

Ketika hendak keluar, lelaki yang biasanya suka berdandan, merapikan rambut di depan cermin. Tapi ketika berdua dengan isteri, mengapa tidak dilakukan? Itu sama saja mementingkan orang lain daripada isteri sendiri. Padahal, kalau ada masalah, si isteri yang akan membantu menyelesaikan masalah. Harusnya suami sedar mereka juga harus tampil rapi di depan isteri.

3. Gosok gigi

Tugas mencuci baju itu sebenarnya bukannya kewajipan seorang isteri, tetapi suami?

Bau mulut merupakan salah satu hal yang mengganggu seseorang dalam berkomunikasi. Apabila seorang suami mengalami masalah ini, isteri juga tak suka jika suaminya mengalami masalah bau mulut.

Rasulullah SAW sebelum memasuki rumahnya pasti memakai siwak terlebih dulu. Aisyah menjadi saksi kebiasaan Rasulullah. Nasihat ini sebaiknya benar-benar dilaksanakan oleh suami. Jika sedang berbual-bual dengan isteri, pastikan sudah gosok gigi terlebih dahulu sehingga tiada bau yang mengganggu. Berbicara menjadi asyik dan kemesraan terjalin antara suami dengan isteri.

4. Berhias untuk isteri

Tugas mencuci baju itu sebenarnya bukannya kewajipan seorang isteri, tetapi suami?

Ibnu Abbas yakin bahawa dengan berhias di depan isteri akan membantu menundukkan pandangan mata isteri dalam melihat lelaki lain kecuali suaminya.

Sumber: Radar Islam

No comments:

Powered by Blogger.