"Saya Ada Jual Pil Gugurkan Bayi" - 'Testimoni' Penjual Pil Gugur Buat Netizen Sebak
Tidak dapat dinafikan, tahap sosial dan seks bebas remaja dan belia di Malaysia masa kini sungguh membimbangkan.
Lihat saja gambar-gambar status cintan cintun budak WeChat yang mungkin pernah berlegar di timeline laman sosial anda. Itulah petanda besar keruntuhan akhlak remaja masa kini dan seterusnya menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan zina.
Bila dah terlibat dengan maksiat dan melakukan zina, lahirlah anak luar nikah. Namun, sebelum lahirnya anak itu, selain terpaksa berkahwin dengan pasangan mereka, mungkin saja mereka mencari jalan untuk 'membunuh' kandungan terbabit dengan apa cara sekalipun.
Dah lah buat maksiat, berzina, kini nak membunuh pula. Apatah lagi, pil pil menggugurkan kandungan mungkin saja mudah didapati menerusi peniaga di WeChat, WhatsApp, laman sosial dan blog-blog dan website.
Namun, apa yang menarik perhatian kami adalah cara seorang penjual pil gugurkan kandungan berkongsi 'rahsia' testimoninya yang sungguh 'meyakinkan' dari pelanggan-pelanggannya sebelum ini.
AMARAN: Gambar mungkin kurang disenangi oleh sesetengah pihak.
"I ade jual pil gugurkan baby.."
"Baru jatuh, ape patut saya buat..?"
"Baby tu kembar.."
"Dia denyut-denyut kat dalam tu.."
"Akak, dah keluar. Thanks sangat-sangat.."
Kesimpulan: Berfikirlah sebelum anda melakukan apa-apa yang bakal mengundang kemarahan Allah S.W.T. Semoga kita semua terhindar dari kes-kes sedemikian. Amin.
No comments: