Header Ads

Inilah 7 Filem Melayu Paling Kontroversi

Inilah 7 Filem Melayu Paling Kontroversi

Filem kontroversi sudah menjadi perkara biasa di Hollywood dan jangan terkejut, di Malaysia juga punyai filem-filem kontroversi yang pernah menggegarkan industri perfileman kita.

Di bawah adalah beberapa senarai filem dan ringkasan babak panas dalam filem tersebut.

7 Filem Melayu Paling Kontroversi

1) Isabella (1990) 

7 Filem Melayu Paling Kontroversi

Filem indonesia ini dilakonkan oleh kumpulan lagenda rock negara kita iaitu Search bersama pelakon dari Indonesia. Filem ini dicipta sempena satu lagu popular Search, Isabella.

Babak panas yang telah membuatkan filem ini kontroversi adalah adegan cium antara Amy Search dengan pelakon wanitanya dari Indonesia, Nia Zulkarnaen.



2) Gelora Cinta (1992)

7 Filem Melayu Paling Kontroversi

Filem koloberasi antara Indonesia dan Malaysia sekali lagi mencetuskan kontroversi. Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai filem ini. Bahkan saya juga tidak pernah tahu sebelum membuat research kat internat. Berbalik pada filem tersebut, babak panas dalam filem ini menampilkan adegan bercium membabitkan dua pelakon utamanya, Imuda dan Nurul Ariffin di tepi pantai.

Adegan berkenaan yang menjalani penggambaran di Port Dickson turut menampilkan Imuda berseluar pendek tanpa baju, manakala pelakon seksi dari seberang itu berpakaian mandi, dengan mendedahkan sebahagian tubuhnya. Namun, babak ini telah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF)



3) Cinta Kita (1995) 

7 Filem Melayu Paling Kontroversi

Filem ini berkisahkan Tifa lakonan Sofea Jane, tomboy yang bersumpah tidak mempercayai lelaki selepas dikecewakan mula jatuh cinta dengan seorang penulis novel, Arman lakonan Aman Graseka.

Filem ini kurang kontroversinya berbanding filem lain dalam senarai ini, tapi jika diperhatikan terdapat satu babak panas di mana Tifa mandi bersama Arman di lokasi air terjun.



4) Lenjan (1998)

7 Filem Melayu Paling Kontroversi

Filem berkisahkan perogol bersiri ini punyai banyak babak panas. Filem lakonan dua hero Malaya iaitu, Eman Manan dan Rosyam Nor berjaya menaikkan nama filem ini.

Adegan panas paling popular dalam filem ini dimana Rosyam Nor berlakon sebagai perogol bersiri merogol seorang wanita dan selepas itu mencium seluar dalam wanita tersebut.



5) Histeria (2008)

7 Filem Melayu Paling Kontroversi

FIlem seram ini merupakan filem terbitan Tayangan Unggul. Filem arahan James Lee ini juga banyak memaparkan babak-babak yang mengerikan serta aksi mendebarkan.

Tetapi satu babak panas ini menyebabkan filem ini dikenali ramai, iaitu babak bercium kaum sejenis yang dilakonkan oleh Alissa (Scha al-Yahya) & Zeta (Reanna).



6) Bohsia (2009)

7 Filem Melayu Paling Kontroversi

Filem berkisahkan kisah hitam gadis yang bergelut dengan mat rempit. Bagi aku personally, topik filem macam ini dah lapok sangat.

Carilah topik-topik lain yang lebih menarik. Anyway, back to the topic, Bohsia menampilkan beberapa adegan panas terutama dalam satu babak dimana Nabila Huda yang hanya dibaluti tuala bersama Shamsul Yusof.



7) Taubat Jalang 

Terbitan de’Baron Sdn Bhd, filem Taubat Jalang: Neraca Dunia Hakimnya dijangka mampu mencetuskan kontroversi kerana bukan saja judulnya yang sensasi tetapi naskhah arahan Nazir Jamaluddin ini juga padat dengan adegan panas.

Tapi adakah benar2 panas?? Itu saya sendiri pun tidak tahu.. Dengar khabar filem ini akan dilabelkan 18SX. Pastikan korang tengok filem ini nanti.

(Baca: Inilah 10 Filem Yang Diharamkan Tayang Di Malaysia)

No comments:

Powered by Blogger.