"PPIM Jangan Terlalu Ghairah Dedah Kongsi Gelap" – Menteri Tegur Isu 9 Dragon
JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak terlalu ghairah mendedahkan kegiatan kongsi gelap secara agresif yang dikhuatiri akan mengancam keselamatan diri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihatkan NGO ini sekiranya mempunyai bukti berkaitan kegiatan itu disalurkan kepada polis atau dirinya untuk tindakan lanjut.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihatkan NGO. |
“Perkara ini disiasat dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa, jadi NGO-NGO ini jangan terlalu ghairah untuk mendapatkan ‘mileage’ politik semata-mata dengan membuat apa-apa tuduhan, nanti keselamatan mereka sendiri terancam ini kerana kongsi gelap ini mempunyai jaringan dan pengaruh yang begitu besar dan akan mengancam nyawa dan sebagainya.
“Jadi kita jangan ambil ringan mengenai perkara ini, kalau betul ada bukti laporkan, kerana ini bukan perkara main-main dengan penggunaan media sosial dan internet kegiatan (kongsi gelap) mereka sukar dikesan,” katanya selepas bersarapan dengan penduduk Taman Kobena, di sini, hari ini.
Terdahulu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diminta mengemukan bukti dakwaan kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini didalangi oleh 9 ketua digelar ‘dragon’ selain mengutip hasil RM5 bilion sebulan.
Menurut Jazlan, isu kegiatan kongsi gelap ini telah diambil tindakan oleh polis dan SPRM bagaimanapun mengakui isu tersebut berlaku dimana-mana negara dan ia sukar untuk ditumpaskan sepenuhnya.
“Kalau tuduhan itu sahih sekalipun saya menasihatkan golongan ngo ini berhati-hati kerana keselamatan diri mereka boleh terancam kalau mereka mendedahkan identiti, biar pihak berkuasa dibekalkan dengan maklumat dan tak payah war-warkan secara umum.
“Kita ada buat tangkapan melalui POCA (Akta Pencegahan Jenayah 1959) untuk bantu polis membanteras kumpulan jenayah ini, namun masalahnya apa-apa kegiatan jenayah ini perlu dibawa ke mahkamah. Adakalanya sampai di mahkamah, saksi hilang dan tidak mahu tampil serta bekerjasama, akhirnya kes itu tidak dijatuhi hukuman meskipun ada bukti-bukti yang sah,” katanya.
Minggu lalu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan mendedahkan 9 ‘dragon’ mempunyai “kuasa” dalam agensi penguat kuasa di negara ini yang turut mendakwa kegiatan tersebut wujud sejak bertahun lamanya.
Sumber: Sinar Harian
(Baca: PPIM Silap! Bukan 9, Tapi ’10 Dragon’! Polis Sudah Kenalpasti Identiti Mereka!)
(Baca: PPIM Silap! Bukan 9, Tapi ’10 Dragon’! Polis Sudah Kenalpasti Identiti Mereka!)
No comments: