Gara-Gara Pertahankan Hak, Zulkifli Bakal Dihukum Gantung Sampai Mati
Gambar hiasan. |
Jika awal tahun ini kita digemparkan dengan berita tentang seorang bapa dan anak lelakinya yang bakal dijatuhkan hukuman mati kerana tanpa sengaja telah membunuh seorang perompak yang menceroboh masuk rumahnya demi untuk mempertahankan dirinya.
Encik Mo Yi Hong dan anaknya We Qiang telah dituduh menyebabkan kematian seorang perompak yang telah memecah masuk ke dalam kediaman mereka di Seremban, Februari tahun lalu.
Seterusnya, kisah seorang surirumah, Puan S. Kalaichelvi yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya.
Patutkah ayah kepada 3 anak kecil ini (anak kedua menghidap autisme) dihukum sebagai penjenayah hanya kerana mempertahankan diri dan harta?
Sebuah page Facebook ditubuhkan bagi mengemaskini isu dari masa ke semasa berkenaan perkembangan kes Encik Zulkifli dan keluarga.
TERBARU, Zulkifli, 50 tahun dari kg labohan, Kerteh Terengganu, hampir 3 minggu lalu telah mempertahankan diri dan harta dari dirompak. Perompak telah mati setelah ditikam oleh Zulkifli, namun zulkifli pula ditahan bawah seksyen 304. 2 minggu Zulkifli direman kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM15 ribu. Baru beberapa hari keluar dari reman Zulkifli kemudian ditahan semula atas perintah mahkamah dengan tuduhan seksyen 302 dan 326 Kanun keseksaan.
Kes telah ditukar kepada seksyen 302, jika sabit kesalahan maka GANTUNG SAMPAI MATI. Tidak cukup dengan itu tambah lagi bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.
Kes dibicarakan semua di mahkamah yang dijadualkan bersidang pada 24 Januari depan. Sekitar 23 hari dari sekarang. Jika sebelum ini ketika direman 14 hari, keluarga tak dapat berniaga makanan malah diceroboh lagi rumah dengan beberapa kecurian dari penagih dadah yang makin bertambah di kawasan sekitar, apakan pula yang berlaku selama 26 hari sebelum perbicaraan ini?
Apa mahkamah mahu menanggung isteri dan anak-anak hero ini? Apa undang-undang mampu menyelamatkan 4 beranak ini yang pada bila-bila masa pintu nipis rumah itu ditendang dan dimasuki perompak?
Buat masa ini kami sangat terkedu dengan apa yang berlaku. Sangat sedih dan terperanjat.
TOLONG JANGAN NANGIS. Ahad lalu sepatutnya menjadi tarikh sebutan kes di mahkamah. Apa yang berlaku tiba-tiba kes disebut bawah 2 pertuduhan iaitu 302 dan 325.302 menyebabkan perlu tahan semula (tiada ikat jamin dibenarkan)Maka terkejutlah sekalian keluarga. Sebelum ini 15 ribu telah dibayar ikat jamin waktu kes bertukar dari 302 pada 304. Kini kembali pula pada 302.Video ringkas ini saat Zulkifli dibawa keluar dari mahkamah sebelum dibawa ke penjara Marang.Tolong jangan nangis.
Posted by Selamatkan Zulkifli on Tuesday, December 29, 2015
Perbicaraan pada 24 Januari nanti berlangsung pada hari Ahad, dimana Ahad merupakan hari bekerja di Terengganu namun hari cuti buat kebanyakan negeri. Kami mengharapkan agar para pembaca sudi bersama kami menyatakan solidariti buat keluarga Zulkifli dengan hadir ke perbicaraan tersebut di Kemaman, Terengganu.
Maka mohon 3 perkara dari kalangan pembaca yang dihormati sekalian. Pertama, sebarkan seluasnya berita ini, raih simpati semua orang untuk membela nasib Zulkifli dan keluarga.
Kedua, viralkan hashtag #ZulkifliHeroRakyat disetiap laman maya terutamanya twitter. Like facebook, Selamatkan Zulkifli.
Ketiga, bersiap sedia untuk memberikan sedikit sebanyak sumbangan kepada keluarga ini bagi menampung perbelanjaan harian mereka.
Salahkah Pertahankan Diri di Malaysia?
Di dalam kaedah hukuman jenayah Islam, pembunuh yang membunuh tanpa sengaja atau membunuh tanpa niat, apatah lagi demi untuk mempertahankan diri hanyalah dikenakan ‘diat’ yang mana diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Antara kesalahan yang diwajibkan hukuman diat sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur fuqaha ialah:
1- Membunuh dengan sengaja lalu ia dimaafkan oleh waris orang yang dibunuh
2- Membunuh tanpa sengaja, seperti membunuh perompak yang cuba membunuh kita
3- Membunuh seperti sengaja, seperti niat ingin membunuh tetapi tidak menggunakan alat yang boleh membunuh. Contohnya menggunakan telefon bimbit untuk memukul kepala si mati.
Di dalam al-Quran, Allah SWT telah mensyariatkan hukuman diat sebagaimana firmanNya:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَن يَقْتُلَ مُؤْمِنًا إِلَّا خَطَأً ۚ وَمَن قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ إِلَّا أَن يَصَّدَّقُوا ۚ فَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ عَدُوٍّ لَّكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ ۖ وَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثَاقٌ فَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ ۖ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Maksudnya: “Dan tidak pantas bagi seorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali kerana tersalah tidak sengaja. Dan barangsiapa membunuh seorang mukmin kerana tersalah, hendaklah ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh), kecuali jika mereka (keluarga terbunuh) bersedekah. Jika ia (si terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) antara mereka dengan kamu, maka (hendaklah si pembunuh) membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya yang beriman. Barangsiapa yang tidak memperolehnya, maka hendaklah ia (si pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut untuk penerimaan taubat dari pada Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana…” (surah an-Nisa’: 92).
Antara maqasid syariah di dalam pensyariatan hukuman diat adalah demi untuk merealisasikan keadilan di antara sesama manusia. Islam bukanlah agama yang zalim.
Islam tidak menghukum seseorang itu berdasarkan kecuaian dan juga ketidaksengajaannya, sebagaimana yang disebut di dalam satu hadith:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ إِنَّ اللهَ وَضَعَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ، وَالنِّسْيَانَ، وَمَا اسْتُكْرِهُوْا عَلَيْهِ (رَوَاهُ ابْنُ مَاجَه)
Maksudnya: Dari Ibnu Abbas RA daripada Nabi SAW bahasawanya baginda telah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah memaafkan dari umatku kekeliruan, kealpaan dan apa-apa yang dipaksakan terhadap mereka…” (hadith riwayat Ibnu Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).
P/s : KAMI SEMUA BERSAMA ANDA ENCIK ZUKIFLI.
No comments: