Header Ads

Ovari gadis ini meletup serta-merta selepas teruja bertemu pemandu Uber tampan

Ovari gadis ini meletup serta-merta selepas teruja bertemu pemandu Uber tampan

Istilah ovary explosion atau di dalam bahasa Melayunya, ovari meletup ini nampaknya menjadi semakin trend sejak kebelakangan ini, terutamanya di kalangan pengguna media sosial wanita.

Seorang pengguna Facebook baru-baru ini telah berkongsi pengalaman ‘manis’ beliau sewaktu menempah perkhidmatan Uber pada beberapa hari yang lalu.

Teruja bertemu pemandu Uber kacak, ovari wanita ini meletup serta-merta

Mary Ann Joy Dimanlig yang juga merupakan seorang pengguna perkhidmatan Uber telah menempah sebuah kenderaan menerusi applikasi di telefon bimbitnya. Seperti kebiasaannya, beliau terpaksa menunggu kenderaan yang ditempahnya itu tiba di lokasinya untuk menjemput beliau.

Setelah berapa minit menunggu, kenderaan yang ditempah oleh Mary Ann itu telah pun tiba dan sebaik saja Mary Ann memasuk kenderaan Ubernya itu, ovarinya hampir meletup serta-merta.

Ovari gadis ini meletup

Berbeza dengan perkhidmatan Uber yang pernah ditempahnya sebelum ini, ketampanan pemandu Uber yang menjemputnya pada hari itu telah membuatkan beliau berasa sangat teruja dan terkesima ibarat bertemu dengan seorang selebriti lelaki yang terkenal.

Tidak cukup dengan itu, Mary Ann kemudiannya telah merakamkan momen-momen ‘indah’nya itu dan turut memuatnaik sebuah video dan dua keping gambar ke laman Facebook beliau untuk dikongsikan bersama teman-temannya di Facebook.

Ovari gadis meletup

Walau bagaimana pun, insiden yang jarang terjadi ini bukanlah berlaku di Malaysia, sebaliknya ianya berlaku di luar negara di sebuah bandar Filipina yang dikenali sebagai Antipolo.


No comments:

Powered by Blogger.