Lelaki Ini Dedahkan Kenapa Dia Kasihan Dengan Orang KK
Ini kali kelima saya ke Kota Kinabalu, semakin lama semakin maju. Tetapi saya kasihan dengan penduduk di Kota Kinabalu ini. Tahukah anda harga barang yang ada di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, harga barangan di sini dijual dengan harga yang lebih mahal, walaupun purata pendapatan mereka jauh lebih rendah daripada penduduk di Semenanjung?
Bayangkan, kita yang tinggal di Kuala Lumpur dengan menikmati gaji di Kuala Lumpur pun boleh terasa harga barang pun mahal kan? Apatah lagi mereka yang tinggal di Kota Kinabalu yang sudah tentunya bergaji lebih rendah daripada Kuala Lumpur tetapi harga barangan di sini lebih mahal daripada Kuala Lumpur.
Faham atau tidak maksud saya? Di sini, harga sekeping roti canai biasa saja sudah RM2.50 dan segelas teh o ais limau pun sudah RM3.00.
Macam GST, semua selurah rakyat Malaysia telah dikenakan cukai ini, tidak kisahlah sama ada miskin atau pun kaya, sama-sama merasa. Kalau di Semenanjung sudah terasa terhimpit, di sini kesannya sudah jauh lebih perit.
Oh ya, hartanah baru di bandar Sabah juga kebanyakkannya di beli oleh orang luar, seperti orang China atau pun Korea. Warga tempatan mana mampu mahu beli. Tahukah anda harga hartanah di Kota Kinabalu merupakan No.1 untuk kadar kenaikan tertinggi dalam tempoh 10 tahun? Kasihan orang Kota Kinabalu sukar mahu membeli hartanah di negeri mereka sendiri.
Selain daripada itu, pendatang daripada Filipina sudahlah ramai, bersaing mencari kerja dengan orang tempatan, seperti sudah tiada kawalan nampaknya.
Semoga Kota Kinabalu lebih baik dan sejahterah untuk warga pada masa yang akan datang.
Sumber: Khalid Hamid
No comments: