Joy Revfa Dan Hafiz Hamidun Sah Cerai Talak Satu, Tiada Edah Kerana Tidak Pernah 'Bersama'
Baru baru ini viral di media sosial apabila Joy Revfa membuat sidang media mengenai status perkahwinannya bersama Hafiz Hamidun. Kenyataan dibuat mendapat respon pelbagai pihak yang rata-rata menganggap Joy tidak matang. Walau bagaimanapun, Hafiz Hamidun diam tidak memberi respon mengenai ini.
Terbaru, menerusi Harian Metro mereka akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Lafaz cerai itu diucapkan Hafiz terhadap Joy di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof, pada jam 4.10 petang semalam.
Tiada tempoh edah
Mahkamah juga memerintahkan tiada tuntutan daripada kedua-dua pihak selepas mereka bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perkahwinan.
Perceraian itu disahkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Joy Revfa juga tidak perlu menjalani tempoh edah kerana mereka tidak pernah mengadakan hubungan kelamin.
Joy sering mengaibkan di media sosial
Hafiz turut memberi alasan bahawa tidak wujud persefahaman antara mereka. Selain itu, Hafiz mendakwa Joy Revfa sering mengaibkannya di media sosial. Malahan, Joy sering melawan dan mengingkari segala suruhannya sebagai suami termasuk menjatuhkan imej dan reputasinya.
Sumber: Harian Metro
(Baca: Joy Revfa Minta Jangan Fitnah Dirinya Lagi, Hafiz Hamidun Tak Simpan Dendam)
(Baca: Joy Revfa Minta Jangan Fitnah Dirinya Lagi, Hafiz Hamidun Tak Simpan Dendam)
No comments: