Header Ads

Jangan jadi peguam untuk jadi keji makan duit haram bela si perompak, pencabul dan penyamun

Jangan jadi peguam untuk jadi keji makan duit haram bela si perompak, pencabul dan penyamun

I mahu nasihatkan sikit peguam-penguam yang ada di luar sana. Kalau kau dapat kes dan kau tahu yang klien kau itu yang bersalah, tidak payah ambil kes dan terus mohon untuk tarik diri. Kalau kesalahan kecil seperti mencuri, pecah cermin kereta orang tidak apa, tetapi sekarang sudah ramai penguam yang sudah tidak tahu mana baik, buruk, atau halal dan haram. Apa yang mereka fikirkan adalah dapat job dan duit masuk.

Peguam sekarang ramai sampah, selain dengan overcharge mereka juga tidak boleh perform di dalam mahkamah. Jadi senang cerita, tiada kualiti bayar mahal-mahal tetapi kerja tidak jalan. Antara mereka yang dimaksudkan ini adalah mereka yang sanggup pertahankan klien yang bersalah walaupun tahu yang klien mereka itu memang bersalah.

Sebagai contoh, kes rogol atau pun kes bunuh. Bagi kes rogol, selalunya kalau ada bukti kimia, memang pastilah kau akan ‘ke dalam’ tetapi apa yang sedihnya ada segelintir peguam-peguam sampah yang sanggup sedaya-upapa untuk pertahanka perogol ini walau apa cara sekalipun, termasuk dengan drag case panjang-panjang, buat apa saja cara untuk menggugurkan kes dan bila sudah tiada jalan, dia akan merayu kepada mahkamah untuk mendapat hukuman yang paling ringan kepada perogol tadi.

Tidak perlu untuk pertahankan tertuduh yang sudah melakukan jenayah berat seperti rogol, bunuh, cabul, pedofil, samu dan ragut sebab peguam macam andalah lebih ramai penyamun yang berani sebab mereka tahu ada barisan peguam yang boleh pertahankan mereka, hanya perlu tabur duit dan peguam-peguam ini akan datang seperti ayam.

Jangan jadi peguam untuk jadi keji makan duit haram bela si perompak, pencabul dan penyamun

Kalau penjenayah ini tiada duit, sudah tentulah keluarga atau ibu bapa dia yang kena, terpaksa meminta sedekah sana-sini macam kes dentist palsu di mana ibu bapanya terpaksa meminta ‘sedekah’ sebab tidak mampu untuk membayar denda. Keluarga yang jadi susah, si mangsa pula yang jadi trauma. Penjenayah? Masih bebas sebab ada peguam yang pandai spin. 

Mahkamah tempat untuk menegakkan keadilan. Bukan tempat spin kasi penjenayah terlepas hukuman, Biar mereka merempat dalam penjara atau pergi ke tali gantung. Kalau penjenayah-pejenayah ini tahu yang tiada siapa mahu membela mereka, nescaya kuranglah bilangan penjenayah di dalam dunia ini.

Kalau kau pertahan perogol sedangkan kau tahu yang dia bersalah ini bermaksud kau secara tidak langsung bersubahat ke atas jenayah tersebut, penjenayah buat jenayah yang peguam pula pergi pertahankan dia. Sampai lelaki pukul bini pun kau mahu pergi pertahankan jantan tidak guna itu buat si mangsa tidak mendapat pembelaan.

Di dalam dunia ni ada 3 jenis peguam:

1. Peguam jujur, amanah, beretika.
2. Peguam cap ayam (ayam brand).
3. Peguam cap babi (babi brand).

Anda yang mana satu?

Contoh peguam cap babi (babi brand) ialah: Peguam yang pertahankan Boy Iman walaupun dia tahu yang Boy itu seorang penipu. Semua orang ada hak pembelaan, tetap kalau kau sanggup bela orang bersalah kerana duit atau apa saja imbuhan, jadi anda tentulah peguam yang tidak guna.

Jangan jadikan profession peguam sebagai profession keji makan duit haram bela si perompak, pencabul dan penyamun.

Sumber: Auni Ameera 

No comments:

Powered by Blogger.