Selepas rakyat Malaysia menerima berita kehamilan penyanyi nombor 1 Malaysia, Dato Siti Nurhaliza, pelakon popular Izara Aishah pula mengesahkan bakal bernikah dengan tunangnya, Adib Khalid, pada 17 November ini.
Tanpa Tajaan
Menurut laporan dari Harian Metro, Izara, 25, berkata majlis bakal berlangsung dengan wang sendiri dan mereka tidak mahu menerima mana-mana tajaan.
Tak Senang Duduk
Disebalik berita kehamilan Siti Nurhaliza, siapa sangka selama ini Izara menyimpan rahsia bahawa bakal mak mertuanya ini sememangnya sudah berbadan dua. Sebelum ini Izara terpaksa berdiam diri sehinggakan dia tak tahu nak jawab dan agak panik bila orang bertanya.
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Sekarang semua dah tau, alhamdulillah. Saya dah tak perlu buat muka panic tak tau macam mana nak jawab bila orang tanya saya!
Jumaat yang lepas Siti Nurhaliza akhirnya dinyatakan hamil setelah 11 tahun berumah tangga. Dalam usianya 38 tahun, berita ini sangat ditunggu-tunggu setelah mengikuti usaha panjang dan program kehamilan di Alpha Fertility Centre.
Izara Aishah Tak Senang Duduk Selepas Mak Mertua Mengandung
Reviewed by Mazeer Mohamad
on
Thursday, October 19, 2017
Rating: 5
No comments: