Dituduh Banyak 'Bunyi' Dan Hanya Cari Kesalahan, Ini Pula Jawapan Tiz Zaqyah Kepada Zed Zaidi
Selepas diselar presiden Seniman, Zed Zaidi kerana kelantangan pos Instagramnya yang mempersoal fungsi persatuan itu, Tiz Zaqyah kemudiannya membuat komen balas. Dalam laporan Mstar, Zed mengatakan Tiz hanya banyak bercakap namun tidak hadir ke mesyuarat persatuan.
Tambah Zed, luahan Tiz mengenai industri di laman sosial tidak akan memberi apa-apa perubahan ataupun membantu penggiat dalam bidang itu.
Nak pertahan hak masing-masing dalam industri
Menurut pelakon Nur Kasih ini, tindakan itu dibuat untuk mempertahankan hak masing-masing sebagai ahli Seniman. Dia hanya tertanya-tanya, sebagai ahli yang sah, apakah manfaat diperoleh setelah membayar yuran keahlian. Langsung tiada kemaskini mengenai perkembangan dan aktiviti Seniman dihebahkan kepada ahli, menurutnya lagi.
Tak perlukan apa-apa posisi Seniman
Tiz juga mengatakan dia tidak memerlukan apa-apa jawatan dalam Seniman selepas Zed dilaporkan mahu menawarkan kedudukan itu kepadanya. Menurutnya lagi, cukuplah dia sebagai ahli bertanya, memberi pendapat dan mewakili rakan seangkatan.
Dia juga menyangkal dakwaan bahawa dia sengaja mencari kesalahan kerana dia tidak pernah berbuat sedemikian sebelum ini. Bahkan, soalan-soalannya telah berkali-kali dikemukakan dalam mesyuarat namun masih menemui jalan buntu.
Bercakap mengenai kenyataan Zed yang tidak mahu dia menyamakan industri dengan negara lain, Tiz hanya mahu apa yang terbaik dijadikan contoh oleh Seniman dalam menjaga kebajikan ahli contohnya dalam soal waktu kerja.
Kecewa dengan presiden jawab soalan
Tiz bagaimanapun meminta maaf jika terkasar bahasa. Namun dia tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya dengan cara Zed sebagai presiden menjawab segala persoalan. Sebagai presiden, Zed seharusnya melindungi dan menyokong ahli di bawahnya.
Luahnya lagi, Zed masih di tampuk kepimpinan kerana pencapaian, kedudukan serta sumbangannya kepada negara. Barisan artis memerlukan dan percaya kepada kredibilitinya untuk melaksanakan mandat diberi.
Sumber: ohbulan.com
No comments: