Digelar Bodoh Dan Bimbo, Ini Luahan Fathia Latiff
Tidak lama selepas dihentam isu Bigo Live, Fathia Latiff sekali lagi menjadi perhatian netizen. Semalam Fathia telah memberi respon isu ‘cashless society’ yang dicadangkan YB Khairy Jamaluddin. Fathia berpendapat, masyarakat akan kembali ke zaman batu kerana mengamalkan sistem barter.
Netizen mendakwa Fathia tidak faham apa yang ingin disampai YB KJ, malah Redza Minhat juga ada mengkritik pendapat tersebut. Melalui Harian Metro, Fathia memberi respon ini.
Saya tak bodoh, itu hanya sarkastik
Fathia ketika dihubungi Harian Metro menjelaskan, tweet tersebut hanyalah pendapat peribadinya selepas melihat keadaan ekonomi yang tidak menentu. Malah pandangannya itu ditweet dalam bentuk sarkastik.
Saya tak bodoh. Saya sedar dan faham maksud tajuk berita itu cuma saya sengaja Tweet dalam bentuk sarkastik.
Saya menerima paparan skrin berita berkenaan daripada seorang kenalan. Melihat artikel itu saya terus terdetik dan tweet apabila melihat keadaan ekonomi negara yang kurang memuaskan sekarang ini.
Sebagai rakyat kita ada hak untuk bersuara. Saya memuat naik status terbabit adalah dalam bentuk sarkastik dan tidak menyangka ia menjadi tular.
Sekadar pandangan semata
Menurut Fathia lagi, dia tidak berniat untuk mempertikaikan kenyataan artikel terbabit, sebaliknya dia mahu masyarakat mempunyai kesedaran. Walaupun menerima pelbagai kecaman, itu tidak pernah mematahkan semangat Fathia. Tambahnya dia kenal dirinya dan pernah mengambil jurusan undang-undang sebelum ini.
Cashless membawa pelbagai maksud. Saya bukan lakukan kajian berkenaan tweet yang dimuat naik. Ia hanya sekadar pandangan semata-mata. Kalau masyarakat mengambil ia sebagai perkara yang serius, susahlah. Kenapa tidak ambil dari sudut positif dan berusaha mengubah negara menjadi lebih baik.
Saya lihat tweet saya itu sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada orang ramai. Walaupun saya ini bukan sesiapa tapi netizen mengambil kenyataan saya itu sebagai sesuatu yang serius.
Saya faham kenyataan YB Khairy Jamaludin berkenaan Cashless society itu. Ia bermaksud masyarakat tanpa tunai.
Bagaimanapun cuba kita bayangkan kalau negara menjadi lebih teruk apakah yang akan berlaku terhadap ekonomi kita. Jadi tujuan saya memuat naik tweet itu secara tidak langsung membangkitkan orang untuk lebih membuka mata supaya lebih berfikiran positif
Saya kenal diri saya dan saya pernah ambil jurusan undang-undang sebelum ini.
Walaupun dikecam hebat, ia tidak menjatuhkan semangat.
Saya percaya orang yang hentam itu kadangkala mudah terikut-ikut. Mereka tidak fikir secara mendalam apa yang saya sampaikan.
Oh begitu, ada bagusnya perkara ini menjadi viral. Sekurang-kurangnya masyarakat tahu apa itu ‘cashless society’. Betul tak?
Sumber: Harian Metro
No comments: