Header Ads

Rohingya: Sebelum Anda Membenci Dan Mencaci, Anda Harus Fahami Situasi Sebenar

Rohingya: Sebelum Anda Membenci Dan Mencaci, Anda Harus Fahami Situasi Sebenar

Kenapa kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China tidak bersungguh dalam kes Rohingya? 

Sejauh mana kemampuan ASEAN bagi membendung krisis Rohingya? Apakah pula tindakan yang boleh Malaysia lakukan?

Menerusi thepatriots.asia, kami kongsikan kepada anda semua penjelasan bagaimana Rohingya sebenarnya adalah mangsa korban geostrategi kuasa besar.

Rohingya Mangsa Korban Geostrategi Kuasa Besar

1. AS sebenarnya mempunyai kepentingan besar di Myanmar antaranya seperti projek penerokaan dan pengeluaran minyak syarikat gergasi mereka Chevron yang telah diberikan oleh Myanmar berhampiran Rakhine.

2. China melimpahkan pelaburan sebesar USD25.4 bilion ke Myanmar jauh mengatasi jumlah pelaburan AS, Eropah, dan Jepun.

3. Syarikat gergasi lain seperti Shell (Belanda) dan Mitsui (Jepun) turut memperoleh kontrak minyak di Myanmar iaitu di Rakhine dan Tanintharyi.

4. Kuasa besar seperti China dan AS lebih mengutamakan kepentingan geopolitik mereka dengan Myanmar. Persaingan AS-China dalam mendapatkan kerjasama Myanmar ini berkait rapat dengan beberapa faktor antaranya saiz Myanmar selaku negara kedua terbesar di Asia Tenggara serta lokasinya di antara India dan China yang kaya dengan pelbagai sumber bumi yang masih belum dibangunkan.

Rohingya Mangsa Korban Geostrategi Kuasa Besar

5. Perlu diketahui bahawa Malaysia merupakan antara pelabur terbesar dan juga rakan dagang utama Myanmar. Pada 2014 sahaja Malaysia merupakan pelabur ketujuh terbesar di Myanmar dengan nilai USD1.65 bilion dalam sektor minyak dan gas (diterajui Petronas), perhotelan dan pelancongan, penternakan dan perikanan, serta pengeluaran.

6. Dari segi perdagangan pula eksport Malaysia ke Myanmar pada 2015 meningkat sebanyak 16.4 peratus daripada RM2.63 bilion pada 2014 kepada RM3.06. Eksport Malaysia ke Myanmar melonjak rentetan peningkatan eksport seperti pengeluaran besi sebanyak RM28.8 juta, produk elektrik dan elektronik sebanyak RM13.2 juta, makanan yang diproses sebanyak RM129.5 juta, serta produk kimia dan berasaskan kimia sebanyak RM79.9 juta.

7. Import Malaysia daripada Myanmar turut meningkat 25.6 peratus daripada RM546.7 juta pada 2014 kepada RM686.5 juta pada 2015. Antara import utama Malaysia ke Myanmar ialah getah, sayur-sayuran, produk makanan laut, kayu balak, serta makanan yang diproses.

8. Berdasarkan kualiti hubungan bilateral ini Malaysia sewajarnya mengambil pendirian tegas untuk mendesak Myanmar agar menstabilkan situasi di Rakhine. Hal ini terpaksa dilakukan Malaysia kerana Pertubuhan ASEAN dilihat tidak berupaya untuk mengambil tindakan secara kolektif, manakala kuasa besar pula tidak begitu komited dalam membela nasib Rohingya ini.

Rohingya Mangsa Geostrategi Kuasa Besar

9. Maka pilihan yang tinggal buat Malaysia ialah dengan memberi tekanan ekonomi dan diplomatik secara berterusan dan dalam masa yang sama memesatkan usaha bantuan kemanusiaan dalam pelbagai bentuk dan bersama pelbagai pihak (negara, swasta, dan badan bukan kerajaan NGO).

10. ASEAN menerusi Treaty of Amity and Cooperation (TAC 1976) telah menegaskan bahawa tiada sebarang campur tangan yang boleh dilakukan dalam hal ehwal dalaman sesama negara anggota.

11. Sememangnya Piagam ASEAN 2007 ada menyentuh secara langsung perihal usaha mewujudkan ASEAN yang berpaksikan rakyat, mendaulatkan undang-undang, di samping menjamin kebebasan dan hak asasi manusia.

12. Malah terdapat usaha bagi mewujudkan Badan Hak Asasi Manusia ASEAN sebagaimana dalam Artikel 14 Piagam ASEAN. Badan ini kini dikenali sebagai AICHR (ASEAN Inter-government Commission on Human Rights).

Rohingya Mangsa Geostrategi Kuasa Besar

13. Namun penting untuk disedari bahawa ASEAN tidak memiliki sebarang kuasa mahu pun kapasiti penguatkuasaan meskipun langkah menyerupai penghapusan etnik yang jelas melanggar prinsip hak asasi manusia telah dilakukan. Hal ini demikian kerana status etnik Rohingya itu sendiri yang tidak diiktiraf sebagai warganegara telah menjadikan mereka warga yang tidak bernegara (Stateless).

No comments:

Powered by Blogger.