Rahsia Disebalik Lawak Sudin Yang Ramai Tak Tahu
Apabila kita menonton siri BUJANG LAPOK kita telah disajikan dengan lawak jenaka spontan yang tidak pernah jemu untuk di tonton walaupun telah berulang kali kita menontonnya.
Lawak jenaka yang dipertontonkan masih segar sehingga ke hari ini dan juga masih mampu membuat kita generasi sekarang ketawa dan terhibur.
Bercerita tentang BUJANG LAPOK tidak sah jikalau kita tidak menceritakan tentang salah seorang pemain karektor utama dalam filem berkenaan. Seniman S. SHAMSUDIN atau nama sebenarnya SHAMSUDIN BIN DALI adalah seorang watak penting yang memainkan peranan dalam menghidupkan lawak jenaka bersama P. RAMLEE dan AZIZ SATTAR.
Satu kehebatan SUDIN dalam berlawak, beliau adalah seorang yang tidak memerlukan skrip dalam menterjemahkan dialognya disamping permainan memek mukanya sangat berkesan sehingga mempu membuat penonton yang melihat ketawa walaupun beliau tidak berdialog.
Salah satu rahsia yang beliau amalkan untuk membuatkan beliau sebati dengan pelbagai jenis lawak ialah dengan menggunakan kerengga. Menurut S. SUDARMADJI, SUDIN akan berlatih seorang diri dengan meletakkan kerengga di atas batang hidungnya dan membiarkan kerengga itu berkeliaran di mukanya.
Dengan cara ini SUDIN dapat membuat senaman muka bagi mengelakkan beliau berasa geli akibat berkeliarannya kerengga itu tadi. Secara tidak langsung SUDIN telah melakukan teknik memek muka yang natural bukan dibuat buat.
Di kehidupan yang sebenar S. SHAMSUDIN bukanlah seorang yang suka berlawak seperti yang kita boleh lihat karektornya di dalam filem. Beliau seorang yang serius dan kurang bercakap banyak.
Jarang kita melihat SUDIN berkongsi secara berlebihan tentang pengalamannnya bersama P. RAMLEE mahu pun kenangannya di Jalan Ampas apabila beliau ditemuramah. Pernah terjadi satu kisah apabila ada seseorang telah membuatkan SUDIN marah, dan cara SUDIN melepaskan kemarahannya itu adalah dengan membaca Al-Quran dengan kuat di tengah panas.
Menurut seniman dan pelawak Wahid Satay, sangat susah untuk mendominasi pentas apabila beliau seringkali digandingkan dengan SUDIN ketika melakukan stand up comedy bersama.
Kalau kita ada kuncinya baru berjaya kita diamkan SUDIN katanya.
Itulah serba sedikit perkongsian tentang sifat keperibadian seorang pelawak yang sangat berkarisma di eranya.
S. SHAMSUDIN sentiasa berada di dalam kelasnya yang tersendiri.
No comments: