Header Ads

Juru Solek Dedah Perangai Sebenar Dan Rahsia Tunku Tun Aminah Untuk Majlis Bertunang Dan Bernikah

Juru Solek Dedah Perangai Sebenar Dan Rahsia Tunku Tun Aminah Untuk Majlis Bertunang Dan Bernikah

Menyolekkan wajah puteri diraja — itu pasti impian ramai jurusolek profesional. InTrend menemu bual pengkarya wajah ayu, pemilik tangan magis yang telah membangkitkan seri wajah pengantin Tuan Puteri Johor.

Ini kisahnya.

Pengalaman Jadi Juru Solek Untuk Untuk Majlis Tunang Dan Nikah Tunku Tun Aminah

RAMAI yang masih belum boleh ‘move on’ daripada kisah hari bersejarah yang berlaku semalam, yakni perkahwinan puteri tunggal Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Permaisuri Raja Zarith Sofia. Tunku Tun Aminah MaimunahIskandariah selamat bertunang dan bernikah pada pagi 14 Ogos 2017, disusuli majlis resepsi yang berlangsung pada hari yang sama sebelah malam.

Selain daripada kisah cintanya bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah yang menjadi tumpuan ramai, menarik pada majlis bersejarah itu juga adalah ‘look’ yang ditampilkan oleh Puteri Johor itu pada kedua-dua majlis penting baginda yang berjaya menawan hati semua rakyat yang melihatnya.

Penampilan Minimalis Puteri Raja

Pengalaman Jadi Juru Solek Untuk Untuk Majlis Tunang Dan Nikah Tunku Tun Aminah

Rata-rata netizen bersetuju bahawa penampilan Tunku Aminah pada hari bersejarahnya itu adalah yang paling simple dan sederhana dalam sejarah perkahwinan diraja. Tidak hanya mengenakan busana kurung yang ringkas, malah solekan baginda juga dilihat sebagai sangat natural dan bersahaja.

Eksklusif, kami menemubual pengalaman jurusolek yang bertanggungjawan menatarias Tunku Aminah, Datin Saidatulnisa berkenaan hasil sentuhan magisnya semalam.

Tunku Aminah Mahu yang ‘Simple’

Pengalaman Jadi Juru Solek Untuk Untuk Majlis Tunang Dan Nikah Tunku Tun Aminah

Menurut jurusolek Datin Saidatulnisa atau mesra disapa Kak Sai, solekannya hari itu adalah hasil ideanya sendiri berlandaskan kemahuan Tunku Aminah yang meletakkan syarat solekan yang natural sahaja yang diimpikan. Untuk solekan bertunang dan bernikah pada pagi semalam, Kak Sai memberikan sentuhan yang timeless dan malar segar.

Bagi Kak Sai, solekan begini adalah paling sesuai untuk ratu sehari kerana potretnya nanti akan ditatap zaman berzaman tanpa perlu mengenangkan trend masa lalu.

“Kak Sai bermain dengan warna-warna tanah kecoklatan untuk solekan mata kerana ia mempu menaikkan seri pengantin tanpa kelihatan ‘over’. Litupan kulit juga setipis yang boleh, sekadar menutupi cela yang ada. Tunku Aminah sudah punya kecantikan asli, mengapa perlu disembunyikan di sebalik mekap yang tebal”, ujar Kak Sai lagi.

‘Smokey Glitters’ Untuk Resepsi

Juru Solek Dedah Perangai Sebenar Dan Rahsia Tunku Tun Aminah Untuk Majlis Bertunang Dan Bernikah

Untuk majlis resepsi di sebelah malam pula, Tunku Aminah mahukan solekan yang ada sedikit cuitan glitters. Kak Sai menyuntikkan sedikit aura glamor untuk majlis resepsi, sesuai buat acara malam yang perlukan lebih sentuhan berat. Solekan mata smokey dengan glitters menjadi pilihan.

“Itu pun masih dengan syarat baginda yang tidak mahu ‘over’. Cukuplah nampak adanya solekan itu tetapi masih mengekalkan kecantikan aslinya. Syukur, solekan itu memenuhi impiannya. Dan, rambut didandan oleh jurudandan khas Tunku Aminah sendiri,” cerita Kak Sai untuk ilham solekannya ketika majlis malam.

Kenapa Kak Sai dipilih?

Juru Solek Dedah Perangai Sebenar Dan Rahsia Tunku Tun Aminah Untuk Majlis Bertunang Dan Bernikah

“Jujurnya, walaupun Kak Sai sudah berpengalaman menyolekkan pengantin diraja sebelum ini, namun mendapat panggilan daripada Pegawai Tuanku, membuatkan Kak Sai sangat terharu.

Bukan apa, daripada beberapa jurusolek yang dipanggil untuk melakukan trial makeup termasuk dari luar negara, Kak Sai orang terakhir yang dijemput dan akhirnya dilantik sebagai jurusolek Tunku Aminah.

Pada hari yang sama itu juga (ketika trial makeup), Tunku Aminah sudah melafazkan rasa suka dengan solekan Kak Sai waktu itu. Dan, kemudiannya mendapat perkenan daripada ayahanda baginda, Sultan Ibrahim. Alhamdulillah, sentuhan Kak Sai dipersetujui semua kerabat baginda dan segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar sehingga ke akhir majlis.”

Seperti Mana Persalinan Pengantinnya, Begitulah Orangnya

Juru Solek Dedah Perangai Sebenar Dan Rahsia Tunku Tun Aminah Untuk Majlis Bertunang Dan Bernikah

Apabila kami mengajukan soalan bagaimana pendapat peribadi Kak Sai terhadap Tunku Aminah sepanjang pengalaman singkatnya ketika menyolekkan baginda?

Jawab Kak Sai, “Tidak seperti yang kebanyakan orang gambarkan mengatakan Tuanku Puteri sombong. Tidak sama sekali. Jauh panggang dari api. Baginda sangat humble, soft spoken, bersopan-santun dan tinggi budi pekertinya. Kak Sai menyatakan ini bukan kerana Kak Sai jurusolek hari bahagianya tetapi apa yang Kak Sai nampak sendiri dengan mata Kak Sai.

Malah, dengan pembantu-pembantunya pun, baginda sangat baik dan bertutur penuh hemah. Ditambah dengan kebolehannya mengaji dengan baik. Sungguh sempurna Tunku Aminah sebagai Puteri Johor.”

Juru Solek Dedah Perangai Sebenar Dan Rahsia Tunku Tun Aminah Untuk Majlis Bertunang Dan Bernikah

No comments:

Powered by Blogger.