Header Ads

Gara-Gara Inai Henna Hitam, Budak Merana Dapat Parut Kekal

Gara-Gara Inai Henna Hitam, Budak Merana Dapat Parut Kekal

GARA-GARA inai henna, kanak kanak perempuan dari United Kingdom terpaksa menahan sakit kerana inai tersebut telah mengelembung dan membuat ianya kekal menjari parut di tangannya.

Madison Gulliver telah berkunjung ke Mesir bersama keluarganya dan ketika mendapatkan lukisan inai di tangannya di sebuah salun, satu kejadian hitam telah berlaku kepadanya.

Ketika mereka pulang ke negara asalnya United Kingdom, Madison mengadu yang dia berasa gatal dekat tempat lukisan inai tersebut dan ianya bertukar menjadi gelembung air! Kanak-kanak malang itu terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan dan gelembung itu telah dipotong dan menyebabkan ianya menjadi parut kekal lapor Mynewshub.cc.

Budak Merana Dapat Parut Kekal Akibat Inai Henna Hitam

Sebelum ni pun memang sudah ada laporan yang mana inai hitam yang digunakan bagi seetengah pembuat inai mengakibatkan si pemakai mengalami masalah yang sama.

Inai hitam sebenarnya mempunyai bahan kimia yang tinggi yang dipanggil paraphenylenediamine (PPD).

Walaupun ibu Madison telah mengadu kepada pihak salun tersebut, tetapi akhirnya mereka disalahkan kembali kerana kononnya ianya disebabkan oleh kulit Madison sendiri.

Selain Madison, anak sulung mereka iaitu Sebastian juga dikatakan turut membuat lukisan inai tersebut. Namun nasib menyebelahinya apabila bila dia mula terasa gatal, dia terus membasuh inai tersebut.

Budak Merana Dapat Parut Kekal Akibat Inai Henna Hitam

Setelah dirujuk kepada pakar lecur di Hospital Daerah Salisbury, UK, doktor telah mengambil sampel kesan gelembung itu dan mendapati bahawa pH di dalam inai itu terlalu tinggi dan gelembung itu juga merupakan kesan lecur akibat bahan kimia.

Kini, Madison terpaksa memakai pembalut tekanan selama enam bulan bertujuan untuk mengurangkan kesan parut itu.

Selepas membuat laporan, keluarga ini meminta pampasan kerana mereka mahu menjaga serta mencari rawatan bagi menghilangkan parut di tangan Madison agar dia tidak perlu melalui trauma mempunyai parut kekal di tangannya.

Mujur pihak hotel di Hurghada meminta maaf kepada mereka dan berjanji untuk tidak lagi menawarkan perkhidmaran inai selepas ini.

Budak Merana Dapat Parut Kekal Akibat Inai Henna Hitam

No comments:

Powered by Blogger.