‘Memang Tak Lah Kami Nak Beli Pampers Jenama Ni Lagi’
“Maaf, kami sudah 100% hilang kepercayaan dengan produk ini,” demikian kata seorang pengguna jenama tersebut di laman Facebooknya semalam.
Shira Suhaimi, meluahkan rasa kecewanya terhadap kualiti lampin pakai buang jenama tersebut yang tidak berubah meskipun para pengguna yang lain telah bertindak mengkritik dan menviralkan perkara itu secara besar-besaran di media sosial, Julai lalu.
“Masa viral tentang kualiti produk jenama ini semakin teruk, kami juga turut serta mengisi borang aduan. Rezeki dapat diapers ganti dari pihak berkenaan. Masa itu happy sangat, kualiti diapers ganti yang diberi memang terbaik dan puas hati. Dahlah dapat sekali untuk anak kecil saya yang berusia 3 tahun walaupun harganya agak mahal mengalahkan satu lagi jenama yang lain.
“Okaylah, memang puas hati. Tetapi untuk Orked Azalea, 5 bulan, masih pakai salah satu produk jenama ini, yang kami perasan kualitinya tidak sama seperti diapers yang diganti. Maknanya kualiti masih sama seperti yang diadu oleh pengguna. Nipis dan sering mengalami kebocoran. Belakang diapers itu nipisnya seperti tisu. Eh, sakit hati pula setiap hari bocor, sampai rosak baju anak (kesan kotoran sukar hilang),” katanya.
Justeru, Shira Suhaimi yang kecewa perkara itu nekad untuk tidak membeli jenama itu lagi.
“Tak payah beli diapers jenama ini dah. Elok-elok kita masih nak support, tetapi kualiti masih sama saja. Pembaharuanlah sangat!” tegasnya.
“Good bye lah, memang kami takkan berpatah balik dah,” katanya.
Sementara itu di laman Facebook rasmi pengeluar jenama berkenaan masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai dakwaan Shira Suhaimi.
Sumber : Thereporter.my
No comments: