Header Ads

Siapa Sebenarnya Gadis Bertudung Dan Bertatu Bersama Abang Long Fadzil

Sejak semalam ramai yang mencari siapa sebenarnya identiti dan latar belakang gadis bertudung yang berdiri di sebelah abang long Fadzil dengan corak tatu di wajah.

Dengan muka cantik berhijab, tatapan mata yang tajam, tatu dibahagian tepi wajah bak seperti bekas mafia wanita yang mempunyai pengaruh besar hingga ramai netizen menamakan gadis itu adalah Kak yong.

Siapa Sebenarnya Gadis Bertudung Dan Bertatu Bersama Abang Long Fadzil

Ekoran gambar tersebut turut menjadi perhatian ramai lebih lebih lagi gadis itu dikatakan sebagai pasangan abang long Fadzil yang baru-baru ini mejadi sorotan media kerana penghijrahannya dari dunia hitam

Untuk pengetahuan anda semua, gadis tudung bertatu tersebut bukanlah bekas mafia atau samseng seperti yang di gembar gamburkan oleh beberapa pihak.

Identiti Gadis Bertudung Dan Bertatu Bersama Abang Long Fadzil Didedahkan

Menurut pengakuan tuan gambar Fyka Sam Sebenarnya gambar itu diambil waktu photoshoot, Gadis yang berasal dari johor bahru itu juga turut merasa kesal, kerana beberapa pengguna media sosial turut melontarkan kata-kata kesat selepas mengetahui siapa sebenar empunya badan gambar gadis tudung bertatu tersebut.

“Saya memang freehair, gambar gambar dalam facebook saya mohon jangan dipersoalkan” Tulis Fyka Sam dalam ruang komen gambar tersebut.

Apabila ditanya mengenai kata-kata kesat yang diajukan beberapa pihak, terlebih lagi mengenai isu aurat, Fyka Sam berkata, ”Biarlah, mulut orang yang penting bukan saya yang sibuk nak viralkan gambar tu, saya pun tidak tahu gambar itu telah diviralkan, ujarnya. - FYKA SAM

Gadis Bertudung Dan Bertatu Bersama Abang Long Fadzil

Gadis Bertudung Dan Bertatu Bersama Abang Long Fadzil

No comments:

Powered by Blogger.