Perkataan ‘Popia’ Dieja ‘Fukia’ Dalam Jawi Di Bazar Ramadan Viral
SEKEPING gambar menunjukkan sebuah gerai di bazar Ramadan dengan menggunakan banting tertera tulisan Jawi kini tersebar di laman sosial.
Ini gara-gara banting yang digantung oleh gerai yang menjual ‘popia basah ala Johor’ itu jelas mempunyai kesalahan ejaaan dalam tulisan Jawi. Perkataan yang sepatutnya dieja ‘Popia’ tetapi telah disalah eja dengan sebutan ‘Fukia’.
Rentetan itu rata-rata netizen mengkritik hebat peniaga popia tersebut. Malah ada yang menyifatkan perkataan ‘fukia’ itu hampir menyamai perkataan mencarut.
“Mampu baca dlm hati…x sanggup nak mention maksud kat sni..xpasal2 kena kecam….erkkkk,” tulis Fazila Mustapa.
Tidak kurang juga ada netizen yang menjadikan kesalahan ejaan itu sebagai bahan lawak.
Seorang pengguna Facebook, Man Jie menulis komen berbunyi, “Tu la… org nk tulih jawi ekau nk tulis jawi… tanyo.la dulu… dh confirm br print… krg jd mcm citer p. Ramlee… alip ya mim = unta…heeehee.”
Walau bagaimanapun, hasrat pemilik gerai untuk memartabatkan tulisan Jawi harus dipuji, dan sekiranya tidak pasti akan sesuatu ejaan, adalah lebih baik bertanya pada yang pakar.
No comments: